Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

26 Mei 2019

Merujuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tembakau merupakan salah satu ancaman terhadap kesihatan umum yang mana ia membunuh lebih daripada 7 juta orang setiap tahun. Daripada jumlah itu, 890,000 kematian adalah disebabkan oleh pendedahan kepada asap terpakai (second-hand smoker).  
 
Nikotin yang dihisap melalui rokok akan dibawa masuk ke dalam darah dan dibawa ke otak seterusnya mencetuskan rasa seronok. Apabila kepekatannya berkurangan, gejala penarikan (withdrawal symtomps) akan dialami. Antara gejala penarikan adalah seperti cepat marah, gelisah, hilang tumpuan, masalah tidur dan rasa gian untuk menghisap rokok. 
 
Setiap perokok sebenarnya ada keinginan untuk berhenti merokok. Mereka sedar bahawa amalan merokok adalah suatu pembaziran wang ringgit dan dapat memberi kesan buruk terhadap kesihatan mereka. Semahunya, mereka pasti inginkan perubahan kepada gaya hidup yang lebih sihat dan bertenaga untuk diri dan keluarga mereka. Namun, ramai perokok gagal untuk keluar daripada kitaran ketagihan merokok dalam cubaan mereka untuk bebas daripada nikotin.    Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segolongan perokok yang berbekalkan semangat dan keinginan yang tinggi untuk berhenti merokok telah berjaya dalam usaha mereka dengan bantuan nasihat dan kaunseling daripada ahli profesional kesihatan yang terlatih. 
 
Bagi mengatasi masalah ketagihan, perokok boleh melakukan beberapa perkara berikut apabila timbul rasa keinginan untuk merokok:

  • Melengah-lengahkan masa untuk mencapai rokok setiap kali teringat untuk merokok semula.  
  • Menarik nafas panjang setiap kali teringat untuk merokok.
  • Minum segelas air kosong setiap kali terfikir untuk merokok.  
  • Membasahkan tangan agar menghalang diri daripada memegang rokok. (Perokok selalunya tidak memegang rokok dalam keadaan tangan yang basah)
  • Melakukan senaman ringan.  
  • Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah agar perhatian terhadap rokok dapat dikurangkan.
  • Membuat sesuatu bagi mengalih perhatian daripada menghisap rokok seperti melakukan ibadat solat sunat.
  • Memohon doa agar dikuatkan azam untuk berubah kepada seseorang yang bebas rokok. 

 
Klinik Berhenti Merokok yang terdapat di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan perkhidmatan kaunseling dan terapi menggunakan ubat-ubatan kepada individu yang berhasrat untuk berhenti merokok. Maklumat berkaitan tip dan panduan untuk berhenti merokok akan diberikan melalui sesi kaunseling oleh ahli farmasi dan doktor. Dalam keadaan tertentu, ubat yang boleh membantu seseorang itu berhenti merokok akan diberikan kepada perokok yang mempunyai tahap ketagihan tinggi. Selain itu, klinik ini juga menjalankan pemeriksaan status kesihatan perokok semasa sesi janji temu. 
 
Antara contoh ubat berhenti merokok yang digunakan di fasiliti kesihatan KKM adalah varenicline. Ubat ini perlu diambil atas nasihat doktor selepas penilaian keadaan kesihatan perokok. Kekuatan ubat ini akan dinaikkan secara berperingkat dan perlu diambil pada tempoh yang disarankan.  
 
Ubat ini kurang sesuai untuk perokok yang mempunyai masalah buah pinggang, wanita mengandung dan menyusukan anak. Kesan sampingan ubat ini adalah seperti loya, sakit kepala dan masalah tidur. 
 
Bermula bulan Januari tahun ini, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak telah diwartakan sebagai Tempat Dilarang Merokok untuk tujuan melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.  
 
Larangan merokok di kawasan awam ini harus dilihat sebagai usaha kerajaan untuk menangani budaya merokok yang tidak sihat ini. Walaupun terdapat rintangan daripada segolongan masyarakat terhadap usaha murni kerajaan dalam membendung budaya tidak sihat ini, secara majoriti, masyarakat menyambut baik usaha tersebut.  
 
Kesimpulannya, ketagihan dan kesan penarikan nikotin adalah mimpi ngeri yang membelenggu perokok dalam usaha untuk mengubah hidup mereka. Perokok digalakkan untuk berhenti merokok demi kesihatan diri sendiri dan juga orang di sekelilingnya.  
 
Perokok dinasihati untuk merujuk ke hospital atau klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan untuk berhenti merokok daripada golongan profesional kesihatan yang terlatih. Elakkan daripada mendapatkan nasihat daripada pengusaha rokok elektronik dalam usaha untuk berhenti merokok. Masih belum ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa rokok elektronik baik untuk kesihatan dan merupakan satu kaedah alternatif untuk berhenti merokok atau bebaskan diri daripada cengkaman ketagihan nikotin. 
 
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum. 

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman