Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Dadah Rekreasi : Pengubat Atau Mudarat?

Dadah Rekreasi : Pengubat Atau Mudarat?

Dadah dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai ‘drug’ yang juga membawa maksud ubat ataupun ‘medicine’. Ubat ialah bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan sama ada untuk merawat, mencegah atau mengawal sesuatu penyakit.

Dadah rekreasi pula adalah dadah yang diambil secara tidak sah bagi tujuan keseronokan atau hiburan dan bukan untuk tujuan perubatan.

Jenis-jenis dadah rekreasi yang sering digunakan adalah:

  • Opioid – morphine dan codeine.
  • Opioid sintetik – dihydrocodeine, cocaine, heroin dan ganja.
  • Methamphetamine (kristal) – syabu dan ice.
  • Methamphetamine (pil) – pil kuda.
  • Methyl​enedioxy​methamphetamine (MDMA) – ekstasi.
  • Pil psikotropik (ubat penenang) – barbiturates dan benzodiazepine.
  • Lysergic acid diethylamide (LSD).

Statistik 2018 menunjukkan golongan tertinggi yang terlibat dengan penggunaan dadah rekreasi adalah belia yang berumur 19-39 tahun, lelaki dan berbangsa Melayu. Data oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan pengaruh kawan adalah faktor tertinggi yang menyumbang kepada penyalahgunaan dadah. Ia turut diikuti dengan perasaan ingin tahu, inginkan keseronokan, tekanan perasaan, faktor pekerjaan, hiburan, kurang didikan agama dan masalah kewangan.

 

Komplikasi

Kesan dadah adalah berbeza untuk setiap individu dan ia bergantung kepada:

  • Jenis dadah yang diambil.
  • Jumlah dadah yang digunakan.
  • Cara dan kekerapan penggunaan.
  • Masalah atau risiko kesihatan sedia ada.

Penggunaan dadah rekreasi secara tidak terkawal boleh menyebabkan perubahan struktur dan fungsi otak secara kekal serta menyebabkan kebergantungan atau ketagihan. Di samping mengakibatkan perasaan gembira yang melampau (euphoria), rasa seronok dan khayal, hilang kawalan diri, perubahan sikap menjadi agresif dan liar, percubaan untuk berhenti daripada mengambil dadah akan menjadi sangat sukar berikutan kesan kebergantungan atau ketagihan dadah tersebut.  

Penagih akan cenderung untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling. Kebanyakan penagih juga mudah terjerumus dalam kes-kes jenayah, pergaduhan dan hubungan seks tanpa perlindungan. Malah, penagih turut terdedah kepada risiko jangkitan HIV/AIDS dan hepatitis akibat perkongsian jarum suntikan, serta boleh mengalami kecelaruan psikotik, komplikasi dan kematian disebabkan pengambilan dos yang berlebihan.

 

Ketagihan boleh dirawat

Masyarakat perlu tahu bahawa penagihan adalah sejenis penyakit kompleks yang boleh dirawat. Pendekatan rawatan dan pemulihan ini adalah berbeza mengikut individu.

Penggunaan ubat-ubatan menjadi elemen penting dalam rawatan penagihan, khususnya apabila digabungkan dengan kaunseling dan terapi tingkah laku. Ubat-ubatan seperti methadone, buprenorphine dan naltrexone dapat membantu mengurangkan masalah ketagihan.

 

Langkah Pencegahan

Bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah rekreasi daripada terus menular, usaha pencegahan perlu dimulakan sejak peringkat awal. Penglibatan institusi keluarga dan masyarakat dalam kelompok yang lebih dekat juga sangat penting bagi membantu usaha kerajaan dalam membasmi gejala penagihan dadah. Masyarakat juga boleh membantu dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dan masalah dadah setempat kepada pihak berkuasa.

Untuk membendung penggunaan dadah rekreasi yang diharamkan oleh undang-undang, pelbagai tindakan tegas turut dilaksanakan. Dadah rekreasi seperti ganja, amphetamine, MDMA, LSD dan heroin telah diwartakan sebagai dadah berbahaya.

Pemeriksaan, risikan, serbuan dan pendakwaan aktif dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang menyalahi undang-undang berkait dengan dadah berbahaya.

Selain itu, dadah rekreasi seperti bahan psikotropik atau ubat penenang, tindakan pemantauan dan penguatkuasaan turut dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan adalah perlu untuk mengelakkan penularan penggunaan bahan tersebut sebagai dadah rekreasi.

Hukuman bagi kesalahan-kesalahan melibatkan dadah berbahaya merupakan hukuman yang berat seperti penjara, sebat malah boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan, KKM menawarkan rawatan pemulihan seperti program Rawatan Terapi Gantian Methadone bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan dadah seperti heroin dan morphine.

Pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre – NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (dari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum), sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan.

Ubat- ubatan untuk Rawatan Vertigo

Ubat- ubatan untuk Rawatan Vertigo

Pening, Dunia Terasa Berputar, Apakah Ubatnya?

Pernahkah anda berasa diri atau ruang sekeliling berpusing-pusing, walaupun ketika itu anda dalam kedudukan statik? Jika ya, inilah vertigo. Vertigo bukanlah sejenis penyakit, tetapi satu gejala yang terjadi sekiranya terdapat gangguan pada mekanisme keseimbangan badan manusia.

Berdasarkan artikel di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat dua jenis vertigo iaitu vertigo sentral (berpusat) dan vertigo periferi.

Vertigo berpusat terjadi sekiranya terdapat masalah pada bahagian otak tertentu seperti serebelum dan brain stem yang mengawal keseimbangan badan. Punca utamanya adalah migrain, penyakit multiple sclerosis, strok dan tumor.

Vertigo periferi pula terjadi apabila terdapat gangguan sistem di bahagian telinga dalam (vestibular) dan saraf yang menghantar maklumat ke otak. Ini menyebabkan otak menjadi keliru dan mencetuskan vertigo.

Rawatan Menggunakan Ubat-Ubatan

Terdapat dua kaedah rawatan untuk vertigo iaitu rawatan menggunakan ubat-ubatan dan bukan ubat-ubatan.

Rawatan vertigo berpusat bergantung kepada punca masalah tersebut. Sebagai contoh, sekiranya vertigo terjadi disebabkan oleh penyakit migrain, maka rawatan serangan akut dan pencegahan migrain diperlukan bagi memberikan kelegaan yang segera dan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan serangan migrain.

Bagi masalah vertigo periferi pula, terdapat dua kategori ubat yang digunakan untuk menghilangkan gejala vertigo, iaitu ubat perencat vestibular dan ubat antiemetik.

Ubat perencat vestibular yang utama adalah antihistamin dan benzodiazepine. Ubat-ubat ini hanya boleh diambil apabila gejala vertigo muncul. Sekiranya ubat-ubat ini diambil secara berterusan, ia boleh menghalang proses adaptasi semula jadi otak terhadap input vestibular yang baru, seterusnya memburukkan lagi tahap gejala.

Antara contoh ubat antihistamin adalah dimenhydrinate dan diphenydramine. Ubat-ubatan ini merencatkan aktiviti neurotransmitter histamin, seterusnya mengurangkan tahap keterukan vertigo dan mabuk gerak (motion sickness). Mulut kering, mengantuk dan sakit kepala adalah antara kesan sampingannya.

Benzodiazepine pula menggalakkan aktiviti neurotransmitter perencat asid amino butirik Gamma (GABA) di dalam sistem vestibular. Ia juga mampu mengurangkan gejala keresahan yang sering berlaku semasa serangan vertigo. Kesan sampingan benzodiazepine adalah mengantuk, gangguan pada koordinasi badan dan memori. Contoh ubat yang biasa digunakan adalah diazepam, lorazepam dan clonazepam.

Ubat antiemetik seperti metoclopramide dan promethazine digunakan untuk merawat gejala loya dan muntah. Ubat ini perlu digunakan secara berhati-hati ekoran kemungkinan terjadinya kesan sampingan extrapyramidal (EPS) seperti kekejangan dan pergerakan otot diluar kawalan.

Rawatan antibiotik adalah tidak sesuai bagi merawat vertigo yang disebabkan oleh jangkitan virus pada struktur dalaman telinga. Ubat antiviral juga tidak diperlukan kerana jangkitan tersebut kebiasaannya akan pulih sendiri. Ubat steroid methylprednisolone diberikan untuk mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan fungsi vestibular.

Bagi pesakit Meniere’s (masalah bahagian telinga dalam), terdapat beberapa ubat pencegahan serangan vertigo. Pertama, ubat diuretik seperti kombinasi hydrochlorothiazide dan triamterene. Kedua, ubat betahistine iaitu sejenis histamin analog. Ubat-ubatan ini mengurangkan tekanan cecair yang wujud di bahagian dalam telinga dan perlu diambil secara berterusan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor.

Ubat Boleh Menyebabkan Vertigo?

Terdapat kesan sampingan ubat yang boleh menyebabkan vertigo. Antaranya adalah:

• Antibiotik - kumpulan aminoglikosida, makrolida dan sulfamethoxazole.

• Antikonvulsan - levetiracetam dan phenytoin.

• Antiradang - celecoxib, naproxen dan prednisolone.

• Antiviral - oseltamivir.

• Ubat kardiovaskular - nifedipine, frusemide dan glyceryl trinitrate.

Sekiranya pesakit mengalami vertigo setelah pengambilan ubat-ubatan ini, jangan terus berhenti makan ubat tersebut tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi. Segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan dapatkan nasihat agar kesan sampingan dapat diatasi serta pemilihan ubat yang lebih sesuai dapat diberikan kepada pesakit.

Pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum), sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan.

Disediakan oleh:

Siti Fatimah binti Ramli

Pegawai Farmasi UF44

Hospital Teluk Intan, Perak.

 

Mohd Shahiri bin Abd Ghapar

Pegawai Farmasi
Program Perkhidmatan Farmasi

ARTIKEL


 

Jackie Ho Chit Khong

Pegawai Farmasi
Sabah

ARTIKEL


 

Teoh Cherh Yun

Pegawai Farmasi

ARTIKEL


 

Nurul Izzah binti Abdullah

Pegawai Farmasi

ARTIKEL


 

Siti Nur Fatin Amirah binti Che Has & Sarah binti Abdul Aziz

Pegawai Farmasi

ARTIKEL


 

Dzyan Azlina Azman

Pegawai Farmasi

ARTIKEL


 

Noel Leroy

Pegawai Farmasi  
Klinik Kesihatan WP Labuan 

ARTIKEL


 

Nurul Amira Binti Zunaidi

Pegawai Farmasi
Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang

ARTIKEL


SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

HUBUNGI KAMI

PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI
LOT 36, JALAN UNIVERSITI, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

PUSAT PANGGILAN FARMASI KEBANGSAAN (NPCC)

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2019 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman