Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

30 Jun 2019

Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang kelima. Ia diwajibkan kepada umat Islam yang berkemampuan. Persiapan lengkap dan penjagaan kesihatan dengan baik harus dilakukan bagi memastikan ibadat tersebut dapat dilakukan dengan sempurna. Maklumat yang disediakan di sini adalah sebagai panduan kepada jemaah haji untuk membuat persediaan ubat-ubatan supaya dapat melaksanakan ibadat haji dengan lancar. 
 
Pengurusan ubat dengan betul semasa menunaikan haji adalah penting bagi memastikan ubat tersebut tidak rosak dan rawatan tidak terganggu. Penyediaan dan penyimpanan ubatubatan adalah penting untuk dimasukkan dalam senarai semak semasa penyediaan dan persiapan bagasi. Pihak Tabung Haji juga ada menyediakan tip yang lengkap kepada bakal jemaah. Isu terlupa membawa ubat-ubatan tidak harus dijadikan alasan untuk pesakit tidak patuh terhadap pengambilan ubat.  
 
Pesakit perlu memastikan bahawa ubat-ubatan adalah mencukupi sepanjang tempoh menjalani ibadat haji. Biasanya pesakit akan diberikan bekalan ubat sebanyak satu bulan dan pesakit perlu hadir ke farmasi untuk mendapatkan ubat susulan. Sebelum bertolak ke tanah suci, pesakit dinasihatkan untuk berbincang dengan anggota farmasi dan tunjukkan buku rekod jemaah haji supaya unit farmasi dapat membekalkan ubat yang mencukupi untuk tempoh menunaikan ibadat tersebut.  
 
Jemaah haji boleh mendapatkan khidmat kaunseling daripada ahli farmasi dalam penyediaan ubat-ubatan. Semakan ubat juga boleh dilakukan dengan cara membawa semua bekalan ubat ke farmasi. Ini bertujuan bagi memastikan ubat-ubatan tersebut adalah yang terkini dan ubat-ubatan yang telah telah diberhentikan atau telah luput dapat diasingkan. 
 
Pastikan ubat dilabel dengan jelas bagi mengelakkan kekeliruan. Ubat perlu disimpan di dalam sampul asal ubat yang berlabel untuk mengelakkan berlakunya kesilapan pengubatan yang tidak diingini. Selain itu, label ubat yang jelas memudahkan proses pengenalpastian ubat-ubatan sekiranya berlaku kecemasan.   
 
Bakal jemaah haji juga disarankan untuk membawa bersama-sama preskripsi atau surat doktor dengan buku rekod perubatan jemaah haji sekiranya ada. Ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pengambilan ubat-ubatan terkini yang dipreskripsikan kepada pasukan perubatan sekiranya berlaku situasi kecemasan. Doktor dan pasukan perubatan akan memberikan rawatan yang sesuai kepada pesakit berdasarkan rekod perubatan yang dibekalkan. 
 
Terdapat sesetengah pesakit warga emas yang mengambil ubat-ubatan harian dengan bantuan ahli keluarga sebelum ini. Namun, mereka perlu menguruskan pengambilan ubat sendiri tanpa bantuan daripada orang lain sepanjang tempoh menunaikan haji. Ahli keluarga memainkan peranan yang penting dalam membantu pesakit warga emas semasa penyediaan bekalan ubat untuk dibawa ke tanah suci. Pesakit dinasihati untuk membaca label ubat dengan teliti setiap kali sebelum mengambil ubat.   

 Pesakit yang mengambil ubat yang memerlukan penyimpanan sejuk pula perlu menyimpan ubat tersebut dalam beg sejuk (cooler bag) berisi pek ais semasa dalam perjalanan dan alihkannya ke dalam peti sejuk setelah sampai di destinasi. Selain itu, pesakit yang mengambil insulin diingatkan untuk membawa bersama-sama jarum dan pen insulin. 
 
Bagi jemaah haji yang menggunakan ubat sedut (inhaler), pastikan kandungan ubat tersebut adalah mencukupi sepanjang menunaikan ibadat. Ubat sedut yang digunakan untuk mencegah serangan asma hendaklah digunakan mengikut arahan yang diberikan. Manakala, ubat sedut yang digunakan untuk melegakan serangan asma harus dibawa bersama-sama semasa melakukan aktiviti-aktiviti ibadat haji. 
 
Suhu yang tinggi adalah tidak sesuai untuk penyimpanan ubat. Dalam keadaan suhu yang panas seperti di Arafah, pastikan ubat yang dibawa bersama-sama mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja sepanjang berurusan di sana. Baki ubat harus disimpan di dalam bilik penginapan mengikut suhu simpanan yang sesuai. 
 
Pesakit harus menetapkan masa pengambilan ubat secara berjadual mengikut arahan yang diberikan. Jangan tinggalkan pengambilan ubat. Jadikan amalan mengambil ubat rutin harian dan susun atur masa pengambilan ubat agar sesuai dengan aktiviti harian. Pastikan penyimpanan ubat adalah betul sepanjang melakukan ibadat haji. Tubuh badan yang sihat merupakan perkara yang penting agar jemaah haji dapat melakukan ibadat dengan baik, sempurna dan lancar. 
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman