Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat Isu Kesihatan

CARI ISU KESIHATAN
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

Pengenalan

Pergerakan mata untuk memandang keluar dan ke dalam dikawal oleh 6 jenis otot pada setiap mata.

Gambar 1: Mata Kanan Juling Ke Dalam

Juling ke dalam mungkin disebabkan oleh rabun yang tidak dibetulkan, masalah otot yang mengawal pergerakan mata atau saraf yang tidak normal.

Juling ke dalam kerap terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Juling ke dalam bersaiz kecil yang kelihatan sekali-sekala pada bayi yang berumur di bawah 20 minggu biasanya akan hilang dengan sendiri.

Juling ke dalam yang hadir sejak lahir biasanya mempunyai saiz yang besar dan kelihatan sangat ketara. Juling ini adalah juling yang tetap dan mata boleh digunakan secara bergilir-gilir.

Juling ke dalam juga boleh berlaku pada satu mata atau kedua-dua mata secara bergilir-gilir. Juling jenis ini juga boleh hadir secara tetap atau hanya kelihatan sekali-sekala.

Individu yang juling biasanya tidak mempunyai penglihatan tiga dimensi, menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk menganggarkan jarak dan kedudukan sesuatu objek.

Juling yang tetap dan hanya melibatkan sebelah mata sahaja dikalangan kanak-kanak dan bayi boleh mengakibatkan mata malas.

Pseudoesotropia adalah keadaan di mana mata bayi atau kanak-kanak kelihatan seperti juling ke dalam disebabkan oleh bentuk wajah. Pemeriksaan mata akan dapat membezakan keadaan ini dengan juling yang sebenar.

Faktor Risiko Yang Boleh Menjadi Penyumbang Terjadinya Esotropia Adalah:

  • Bayi yang lahir pramatang
  • Sejarah keluarga yang mempunyai masalah juling
  • Penglihatan kabur yang teruk
  • Penyakit sistemik seperti penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi

Tanda Dan Gejala

Biasanya ibu bapa akan mengadu kedudukan mata bayi mereka kelihatan tidak normal. Bayi yang juling sejak lahir biasanya mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah juling yang sama.

Juling yang berlaku selepas zaman kanak-kanak akan menyebabkan seseorang itu mengadu penglihatan berganda. Biasanya mereka akan mengubah kedudukan kepala untuk mengurangkan masalah ini dengan memandang melalui pandangan sisi.

Bagi juling yang hadir sekali sekala-sekala, individu kelihatan menggosok-gosok atau mengelipkan mata dengan berlebihan untuk mengawal juling daripada berlaku.

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

Rawatan

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman