Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Pada tahun 2007, Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Kenali Ubat Anda. Matlamat utama kempen adalah bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat Malaysia tentang kepentingan penggunaan ubat secara berkualiti. Bagi memastikan proses penyebaran maklumat dan pendidikan pengguna ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan meluas, Program Duta Kenali Ubat Anda (Duta KUA) pula telah diperkenalkan pada tahun 2012. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan masyarakat bagi menceburkan diri secara aktif dalam mempromosikan penggunaan ubat secara berkualiti. Melalui program ini, diharapkan penyebaran maklumat berkenaan ubat-ubatan dan isu kesihatan dapat menyumbang kepada  perubahan tingkah laku dalam kalangan masyarakat.

 

Duta Kenali Ubat Anda dipilih daripada kalangan individu yang telah memohon untuk dilantik sebagai Duta Kenali Ubat Anda secara sukarela atau berdasarkan cadangan yang diberikan oleh pihak fasiliti kesihatan atau negeri. Duta Kenali Ubat Anda yang dilantik perlu menjalani latihan yang berstruktur dan komprehensif. Latihan tersebut melibatkan modul Kenali Ubat Anda, ubat berdaftar, cara pengambilan ubat yang betul, cara penyimpanan ubat dan peranan Duta Kenali Ubat Anda.  Program ini menggunakan kaedah pembimbing rakan sebaya (peer education) dan perubahan tingkah laku bagi memastikan informasi disalurkan dengan lebih berkesan. Melalui latihan ini, Duta Kenali Ubat Anda akan lebih memahami dan boleh berkongsi maklumat asas berkenaan ubat-ubatan kepada masyarakat bersama-sama anggota farmasi. 

 

Kajian National Survey on Use on Medicines (NSUM) 2015 menunjukkan 81.4% masyarakat faham berkenaan cara penggunaan ubat yang betul berbanding kajian sebelumnya iaitu NSUM 2013 yang hanya menunjukkan 56.6% pengguna faham cara penggunaan ubat yang betul. Kajian yang sama turut mendapati 51.9% (2015) masyarakat sedar tentang kewujudan kempen Kenali Ubat Anda jika dibandingkan dengan kajian sebelumnya iaitu hanya 47.5% pada kajian NSUM (2012).

 

Proses penyebaran maklumat dan pendidikan pengguna melalui Program Duta Kenali Ubat Anda ini diharap dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeluruh bagi membentuk perubahan tingkah laku dalam komuniti di Malaysia.

 

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman