- Indikasi
-
Dalam bentuk kapsul. Digunakan bersama dengan diet berkalori rendah dan senaman untuk membantu orang yang gemuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat yang telah berkurangan.
-
Cara ubat bertindak
-
Orlistat bertindak dengan menghalang penyerapan sebahagian lemak dari makanan di dalam perut.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- perubahan dalam tabiat tandas
- tompok minyak pada pakaian dalam
- najis yang lembik, berlemak dan berminyak
- sakit atau ketidak selesaan pada dubur
- haid yang luar biasa
- sakit kepala
- gelisah
- ruam
- loya atau muntah
- sukar bernafas atau menelan
- badan lemah
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Ikut diet pemakanan yang disyorkan oleh doktor anda. Jika mengambil orlistat dengan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi ( diet yang lebih daripada 30% kalori adalah daripada lemak), atau dengan satu sajian yang sangat tinggi kandungan lemak, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan ubat ini.
- Orlistat menghalang penyerapan vitamin yang larut lemak dan beta karoten. Semasa menggunakan orlistat, anda perlu mengambil ubat multivitamin yang mengandungi vitamin A, D, E, K dan beta karoten. Ambil multivitamin sekali sehari, 2 jam sebelum atau 2 jam selepas mengambil orlistat
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan mula sebarang ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi dan ubat tradisional semasa mengambil rawatan ini tanpa berbincang dengan ahli farmasi atau doktor anda.
- Jangan berkongsi ubat ini dengan sesiapa.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.