Ubat Yang Membatalkan Puasa
Ubat-ubatan yang perlu dimasukkan ke dalam rongga badan adalah membatalkan puasa. Contohnya adalah seperti ubat biji, ubat minum, pesari, supositori dan enema.
Ubat-ubatan yang perlu dimasukkan ke dalam rongga badan adalah membatalkan puasa. Contohnya adalah seperti ubat biji, ubat minum, pesari, supositori dan enema.
Pengurusan ubat-ubatan bagi warga emas adalah penting untuk mengelakkan kesilapan pengubatan. Jadi, jangan lupa untuk sediakan senarai ubat-ubatan yang digunakan serta sentiasa simpan semula ubat di bekas asal selepas digunakan.
Sebelum memberi ubat kepada kanak-kanak, baca dahulu label ubat bagi memastikan ubat yang betul. Yang paling penting, gunakan alat penyukat ubat yang sesuai seperti picagari atau sudu bersukat bagi memastikan dos ubat yang tepat kepada kanak-kanak
Keperluan ubat bagi setiap individu adalah berbeza. Oleh sebab itu, jangan berkongsi ubat dengan individu lain walaupun mengalami gejala penyakit yang sama.
Berhati-hati dengan panggilan palsu. Jangan dedahkan maklumat peribadi atau membuat bayaran kepada pemanggil yang menyamar sebagai pegawai farmasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nama generik ubat sakit tekak ialah amylcresol, namun begitu ubat ini dipasarkan dengan pelbagai nama jenama, seperti Throatsil, Strepsils, DifflamAB dan lain-lain.
Nama generik bagi ubat antasid melibatkan beberapa bahan aktif. Namun begitu, kombinasi bahan aktif tersebut boleh dikenali dengan pelbagai nama jenama, antaranya seperti Noriflux, Gaviscon, Gascovid, Baroscon dan lain-lain.
Contoh mudah bagi nama generik ialah paracetamol, manakala contoh nama jenamanya ialah Panadol, Uphamol, Poro, ActiMol dan banyak lagi.
Nama generik merupakan bahan aktif yang terkandung dalam ubat tersebut, manakala nama jenama merupakan nama yang diberikan oleh syarikat pengeluar ubat.
Sentiasa waspada dengan panggilan telefon scammer yang menyamar sebagai pegawai farmasi dari Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC).
Jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi atau membuat bayaran kepada pihak pemanggil yang mencurigakan. Dapatkan maklumat pemanggil dan laporkan kepada pihak berkuasa.