- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk ubat titis mata untuk memberi kelegaan berpanjangan untuk mata kering dan gatal.
-
Cara ubat bertindak
-
Ia mengekalkan kelembapan mata dan melindungi mata dari kecederaan atau jangkitan kuman.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Mata terasa pedih.
- Penglihatan kabur (biasanya untuk sementara sahaja).
- Mata merah, bengkak atau sakit.
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengalami kesakitan mata, sakit kepala, mata menjadi merah/gatal/bengkak, atau masalah penglihatan selepas menggunakan ubat ini.
- Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah mata anda tidak mula sembuh atau menjadi lebih teruk selepas mula menggunakan ubat salap ini.
- Semasa penggunakan kali pertama, ubat ini mungkin menyebabkan penglihatan kabur. Pastikan anda boleh melihat dengan jelas sebelum memandu, menggunakan mesin atau melakukan kerja yang merbahaya jika anda tidak dapat melihat dengan jelas.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan berkongsi ubat anda dengan sesiapa.
- Elakkan penghujung botol ubat titis mata daripada terkena mata anda atau permukaan lain.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.