Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

1 April 2023

Ubat oral ialah bahan untuk merawat, mengawal dan mencegah penyakit yang diambil melalui mulut. Lazimnya, pengambilan ubat oral seperti tablet, kapsul, ubat serbuk dan sirap menjadi pilihan pertama rawatan kerana kos yang murah, kestabilan ubat yang baik dan mudah diambil oleh pesakit di rumah.

 

Namun, terdapat golongan pesakit yang tidak mampu untuk menelan ubat jenis tablet dan kapsul seperti kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya dan pesakit yang menggunakan tiub pemakanan nasogastrik. 

 

Secara umumnya, ubat tablet dan kapsul perlu ditelan secara keseluruhan dengan air kosong. Orang ramai dinasihatkan agar tidak memotong, menghancurkan atau mengunyah ubat tanpa arahan daripada doktor atau ahli farmasi. Teknologi farmaseutikal terkini membolehkan penghasilan ubat-ubatan diubah suai bagi mendapatkan kesan yang diingini. 

 

Berikut merupakan jenis sediaan yang tidak sesuai untuk dihancurkan:

 

1) Ubat dengan kadar pelepasan yang diubah suai 

Ubat jenis ini biasanya mempunyai singkatan ER / XR / MR di hujung namanya. Formulasi ubat di dalam kelongsong khas yang akan melarut perlahan-lahan dalam tempoh masa atau kadar yang ditetapkan dapat menjamin kepekatan ubat yang konsisten dalam badan pesakit. Ini dapat mengurangkan kekerapan pengambilan ubat dalam masa sehari.

 

Jika tablet ini dipotong atau dihancurkan, kelongsong ubat akan rosak dan dos ubat yang tinggi akan dilepaskan sekaligus menyebabkan pesakit mendapat kesan sampingan akibat dos yang berlebihan.


 

2) Ubat dengan salutan enterik (enteric coating)

Ubat-ubatan disalut dengan salutan enterik bagi melindungi ubat tersebut daripada asid gastrik dalam perut. Kebanyakan ubat diformulasikan supaya bertindak di lokasi badan yang spesifik seperti usus. Tanpa salutan enterik, ubat akan terurai lebih awal di dalam perut disebabkan asid gastrik dan melalui proses metabolisme sebelum sampai ke lokasi sasaran. Proses ini akan mengurangkan kepekatan dan keberkesanan ubat.

Terdapat juga ubat seperti ubat tahan sakit non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)  yang boleh merengsakan lapisan membran perut dan menyebabkan pesakit mendapat pedih perut. Selain melindungi ubat daripada terurai awal, salutan enterik juga dapat melindungi lapisan perut daripada ubat yang bersifat tajam dan berpotensi mengakibatkan pedih perut.

 

3) Ubat Sublingual dan Buccal

Ubat sublingual ialah ubat yang diserap terus melalui saluran darah di bawah lidah, manakala buccal ialah ubat yang diserap melalui saluran darah di pipi. Formulasi ini digunakan bagi ubat-ubatan yang memerlukan penyerapan dan kesan ubat yang pantas seperti ubat sakit jantung nitrogliserin (GTN).

 

Antara tujuan lain penghasilan formulasi dan salutan ubat termasuklah bagi menutupi rasa pahit ubat dan melicinkan permukaan ubat supaya mudah ditelan. Ubat yang sensitif kepada kelembapan dan haba juga mudah rosak jika dipotong atau dihancurkan.

 

Semak dengan doktor atau ahli farmasi bagi memastikan ubat yang diperoleh boleh dipotong atau dihancurkan. Jika perlu, doktor akan memberikan ubat yang tersedia dalam bentuk cecair atau menggantikan dengan ubat lain yang lebih sesuai. 

 

Sebagai kesimpulan, tindakan menghancurkan sesetengah ubat boleh mengakibatkan kesan toksik dan kegagalan rawatan. Semak dahulu dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memotong atau menghancurkan ubat.

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman