Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

7 Februari 2021

 Saban hari kita dapat melihat berlakunya pertambahan pelbagai jenis ubat-ubatan dan produk kesihatan di pasaran. Ubat-ubatan telah dihasilkan dan dijual secara meluas untuk mencegah, mengawal atau merawat pelbagai jenis penyakit. Menurut Laporan Tahunan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi tahun 2018, sebanyak 1730 produk farmaseutikal telah didaftarkan sepanjang tempoh 2014 hingga 2018.

 

Apakah itu nama generik ubat dan nama dagangan ubat?

 

Nama generik ialah nama standard untuk bahan aktif atau nama kimia ubat yang diguna pakai di seluruh dunia. Bahan aktif merupakan komponen utama sesuatu ubat yang memberikan kesan terapeutik terhadap badan manusia.

 

Nama dagangan pula ialah jenama ubat atau brand name yang digunakan oleh syarikat pengeluar atau pengilang bagi tujuan pemasaran dan membezakan ubat keluaran syarikat mereka dengan syarikat yang lain. Nama dagangan pada kebiasaannya adalah berbeza antara pengeluar.

 

Perbezaan nama generik ubat dan nama dagangan ubat

 

Pengguna boleh mengenal pasti nama generik sesuatu ubat dengan merujuk kepada maklumat bahan aktif ubat pada label produk tersebut. Satu nama generik boleh didaftarkan dengan pelbagai nama dagangan. Nama dagangan biasanya lebih mudah dilihat pada label bungkusan ubat dan akan menjadi nama panggilan bagi produk berkenaan. 

 

Contohnya, pengguna seringkali mengenali ubat untuk merawat demam sebagai Panadol® (nama dagangan ubat) tetapi ia jarang sekali dikenali dengan nama bahan aktifnya iaitu paracetamol (nama generik ubat). Pada hakikatnya, terdapat pelbagai nama dagangan ubat lain yang mempunyai kandungan paracetamol yang sama dalam pasaran tempatan.

 

Kepentingan mengenali nama generik atau nama bahan aktif ubat

 

Pada kebiasaannya, pengguna hanya mengenali sesuatu ubat yang diambil melalui warna, rasa, bentuk dan saiz ubat tersebut. Namun demikian, pengguna lebih disarankan untuk mengetahui nama generik ubat berkenaan kerana kebanyakan ubat di pasaran mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Hal ini boleh menyebabkan pengecaman ubat sukar dilakukan melalui rupa bentuk fizikal sahaja.

 

Kekeliruan pengguna tentang nama ubat-ubatan boleh menimbulkan kesukaran kepada doktor atau ahli farmasi mengenal pasti ubat-ubatan yang diambil. Oleh itu, pengetahuan pengguna berkaitan nama generik ubat boleh membantu memudahkan doktor mengetahui sejarah penyakit dan pengambilan ubat-ubatan bagi menentukan rawatan terbaik di samping mengelakkan berlakunya kesilapan pengubatan.

 

Selain itu, ubat-ubatan yang mempunyai kandungan bahan aktif yang sama dengan jenama yang berbeza boleh diperoleh di kebanyakan fasiliti kesihatan kerajaan, premis swasta mahupun kedai farmasi yang berdaftar. Sekiranya terdapat gangguan bekalan ubat kepada pesakit, mereka masih boleh mendapatkan bekalan ubat dengan kandungan dan kekuatan bahan aktif yang sama secara berterusan di mana-mana fasiliti atau premis kesihatan walaupun dengan jenama ubat yang berbeza. Ini hanya boleh dilakukan atas nasihat dan kebenaran doktor yang merawat pesakit atau ahli farmasi yang bertauliah sahaja.

 

Apakah kesan yang mungkin berlaku sekiranya pengguna tidak tahu maklumat ubat yang diambil?

 

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan alahan kepada segelintir pengguna. Alahan terhadap ubat-ubatan merupakan kesan tidak diingini yang berlaku akibat tindak balas ketahanan badan terhadap ubat yang diambil. Tanda dan gejala alahan terhadap ubat-ubatan mungkin berbeza antara pengguna, bergantung kepada fisiologi tubuh seseorang individu, jenis ubat yang diambil dan kekerapan pengambilannya.

 

Sekiranya pengguna pernah mengalami alahan setelah pengambilan ubat-ubatan, pengguna atau ahli keluarga terdekat dinasihatkan untuk mengetahui nama generik ubat yang boleh mengakibatkan alahan tersebut. Ini bagi mencegah pemberian ubat-ubatan yang boleh mencetuskan alahan yang sama dan mengelakkan reaksi alahan yang lebih serius daripada berlaku.

 

Jika berlaku kes kecemasan disebabkan kesan sampingan ubat atau dos ubat yang berlebihan, maklumat alahan terhadap ubat-ubatan tertentu dapat membantu doktor memberikan rawatan yang sewajarnya dan tepat dengan kadar segera tanpa merisikokan keselamatan pesakit. 

 

Dapatkan khidmat nasihat ahli farmasi sekiranya masih keliru

 

Selain kepentingan mengingati nama generik atau nama bahan aktif ubat-ubatan yang diambil, pengguna juga dinasihatkan untuk tidak sewenang-wenangnya memberikan ubat-ubatan kepada sesiapa sahaja walaupun mereka mempunyai gejala atau keadaan penyakit yang sama. 

 

Semasa mengambil sebarang ubat-ubatan, sentiasalah mengamalkan prinsip amalan 5 Betul iaitu pesakit yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, cara pengambilan ubat yang betul dan masa pengambilan ubat yang betul.

 

Pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin-Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum), sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan.

 

Disediakan oleh :                                                                                                                                           Nor Hazwan bin Ali                                                                                                                                  Pegawai Farmasi                                                                                                                                    Bahagian Regulatori Farmasi Negara                                                                                                                                                                                                                                                                                      Chang Hsio Ling                                                                                                                                      Pegawai Farmasi                                                                                                                                    Bahagian Regulatori Farmasi Negara

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman