Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

21 Julai 2023

Kebanyakan ibu bapa mungkin pernah melihat dan menggunakan ubat berbentuk seperti peluru yang perlu dimasukkan ke dalam dubur anak yang masih kecil. Ubat jenis inilah yang dipanggil sebagai supositori. Supositori merupakan bentuk dos (dosage form) ubat yang digunakan apabila pesakit tidak boleh mengambil ubat secara oral ataupun apabila kesan setempat pada rektum atau usus besar diperlukan. 

 

Fakta-fakta tentang supositori

 

  1. Asal-usul perkataan supositori

Perkataan supositori berasal daripada Bahasa Latin, iaitu perkataan “suppositus” yang bermaksud “meletakkan sesuatu di bawah”. Istilah ini menggambarkan cara penggunaannya iaitu dengan memasukkan supositori ke dalam dubur.

 

  1. Kegunaan supositori

Bahan aktif yang terkandung di dalam supositori menentukan kegunaannya. Sebagai contoh, supositori yang mengandungi bahan aktif parasetamol digunakan untuk menurunkan suhu badan kanak-kanak apabila demam. Selain itu, terdapat juga supositori yang mengandungi ubat tahan sakit daripada kumpulan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), contohnya diclofenac, dan ubat sembelit seperti bisacodyl.

 

  1. Bahan tidak aktif dalam supositori

Supositori turut mengandungi bahan tidak aktif, seperti polyethylene glycol dan lemak asli (natural fat), contohnya cocoa butter. Bahan aktif ini berfungsi untuk memastikan supositori dapat mencair apabila dimasukkan ke dalam dubur dan terdedah kepada suhu badan. Apabila mencair, supositori akan melepaskan bahan aktif secara beransur-ansur untuk memberikan kesan yang dikehendaki.

 

  1. Penyerapan bahan aktif lebih cepat

Secara umumnya, bahan aktif daripada supositori dapat diserap masuk ke dalam tubuh dengan lebih cepat berbanding jika bahan aktif tersebut diambil dalam bentuk tablet, kapsul atau cecair yang diminum. Struktur fisiologi rektum yang kaya dengan salur darah membantu penyerapan bahan aktif daripada supositori.

 

  1. Cara penyimpanan supositori

Supositori hendaklah disimpan di tempat yang dingin dan kering pada suhu yang terkawal. Supositori tidak boleh didedahkan kepada cahaya atau persekitaran bersuhu tinggi untuk mengelakkannya menjadi cair. Supositori juga tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kecuali jika dinyatakan pada label pembungkusan.

 

Panduan penggunaan supositori

 

Individu yang pertama kali menggunakan supositori mungkin berasa keliru akan cara penggunaan yang sebenarnya. Panduan yang berikut boleh diikuti untuk memastikan supositori digunakan dengan cara yang betul:

 

  1. Basuh tangan hingga bersih dengan sabun setiap kali sebelum dan selepas menggunakan supositori. Jika tiada sabun, bersihkan tangan dengan pensanitasi tangan (hand sanitiser).

  2. Sebagai alternatif, penggunaan sarung tangan atau jari boleh dipertimbangkan. 

  3. Lembapkan supositori dengan air atau pelincir berasaskan air untuk memudahkan supositori dimasukkan ke dalam dubur. Elak daripada menggunakan pelincir berasaskan minyak (petroleum jelly) kerana pelincir jenis ini dapat mengakibatkan supositori lambat mencair.

  4. Baring secara mengiring sambil menaikkan sebelah lutut ke dada. Dengan menggunakan jari, masukkan hujung supositori yang tirus sedalam yang boleh ke dalam dubur secara perlahan-lahan. Turunkan kaki dan kekal berbaring seketika untuk beberapa minit. 

  5. Jika boleh, elakkan membuang air besar untuk sekurang-kurangnya satu jam bagi memastikan supositori kekal dalam dubur (kecuali jika supositori tersebut adalah untuk tujuan laksatif).

  6. Jangan gunakan supositori selepas tarikh luput yang tertera pada bekas asal.

  7. Sekiranya anda mengalami iritasi atau sebarang kesan sampingan yang lain selepas menggunakan supositori, maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi dengan segera.  

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman