Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

18 Julai 2023

Asid folik atau folat ialah sejenis Vitamin B9. Folat merupakan vitamin dalam bentuk semula jadi yang ditemui dalam sumber makanan seperti asparagus, bayam, brokoli dan pisang manakala asid folik pula ialah pengganti sintetik folat yang digunakan dalam kebanyakan suplemen dan makanan yang diperkuatkan. 

 

Kegunaan folat dan asid folik

 

Folat atau asid folik diperlukan oleh badan untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat, pengeluaran bahan genetik dan penting dalam tempoh pertumbuhan yang pesat. Sebagai contoh, bahan ini sangat bermanfaat semasa awal kehamilan untuk membantu dalam perkembangan janin. Asid folik juga digunakan untuk merawat anemia yang berpunca daripada kekurangan folat akibat pemakanan kurang berzat, merawat masalah penghadaman makanan seperti selepas pembedahan perut dan mengelakkan kekurangan folat dalam badan akibat penggunaan ubat tertentu seperti ubat untuk rawatan sawan. 

 

Kekurangan zat folat dalam kalangan wanita merupakan salah satu punca kecacatan tiub neural pada bayi. Kecacatan tiub neural menyebabkan masalah pembentukan dan tumbesaran saraf bayi semasa dalam kandungan. Keadaan ini seterusnya akan mengakibatkan bayi dilahirkan dengan tempurung kepala yang tidak lengkap (anencephaly), tumbesaran otak yang terencat dan pembentukan tulang belakang yang tidak sempurna (spina bifida). Situasi-situasi ini mungkin terjadi pada awal kandungan iaitu seawal empat minggu pertama.

 

Pengambilan suplemen asid folik sebagai suplemen folat semula jadi

 

Walaupun wanita boleh mendapat zat folat daripada sayur-sayuran hijau, namun kandungan folat yang diserap oleh tubuh mungkin tidak mencukupi kerana folat mudah dimusnahkan oleh haba apabila sayur tersebut dimasak.Oleh sebab itu, pengambilan suplemen asid folik sangat digalakkan sebagai sumber tambahan zat folat kepada tubuh.

 

Asid folik adalah penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan secara konsisten dapat membantu mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub neural. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Malah, asid folik sebaik-baiknya diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Bakal pengantin turut disyorkan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum hari pernikahan.

 

Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukkan bahawa bahawa wanita yang bertahun-tahun mencuba dan masih belum hamil boleh mengambil asid folik pada dos yang disarankan secara berpanjangan. Risiko mengalami masalah kesihatan akibat pengambilan yang berterusan adalah rendah sekiranya dos tidak diambil secara berlebihan.

 

Dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg boleh disarankan oleh doktor dalam situasi seperti berikut:

  • wanita hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural pada kehamilan terdahulu,

  • wanita hamil yang sedang mengambil sebarang ubat antiepileptik (ubat sawan) dan

  • wanita hamil yang menghidap diabetes.

 

Secara umumnya, suplemen asid folik boleh diambil setiap hari, sebaik-baiknya pada waktu yang sama sebelum atau selepas makan. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami selepas mengambil asid folik termasuklah hilang selera makan dan kembung perut. Sekiranya pengguna mengalami gejala alahan kepada ubat ini, seperti gatal kulit, kemerah-merahan pada kulit, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak serta mengalami kesukaran bernafas, mereka hendaklah mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan kadar segera.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum). 

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman