Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat Isu Kesihatan

CARI ISU KESIHATAN
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

Pengenalan

Anda mungkin mengalami disfungsi erektil (mati pucuk) jika zakar anda sukar mengeras dan tegang sehingga anda tidak boleh melakukan hubungan kelamin. Jika kejadian ini berlaku hanya sekali sekala, anda tidak mengalami mati pucuk. Namun jika ia kerap berlaku selama lebih 3 bulan, anda mungkin menghidap mati pucuk.

Mati pucuk bukanlah hanya sekadar isu hubungan kelamin dan kualiti hidup yang merundum. Sebenarnya kejadian mati pucuk mungkin satu tanda awal masalah kesihatan yang lain pada diri anda. Sekiranya anda merasakan anda menghidap mati pucuk, anda perlu mendapatkan rawatan pada peringkat awal lagi. Anda mungkin merasa berat hati atau malu untuk mendapatkan rawatan, tetapi mati pucuk tidak boleh dirawat sendiri, dan biasanya semakin lama akan menjadi semakin teruk. Doktor yang merawat anda akan melakukan pemeriksaan tahap gula dan kolesterol dalam darah, tekanan darah, status merokok, tahap kemurungan (jika ada) dan saringan lain-lain masalah kesihatan.

Jika tidak dirawat, mati pucuk boleh menyebabkan anda merasa kecewa, sedih dan kemurungan, seterusnya ketidakpuasan hati di dalam hubungan seksual di antara anda dan pasangan anda. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, mati pucuk boleh menjadi punca perbalahan. Mati pucuk boleh dirawat untuk kebanyakan pesakit, tetapi anda perlu mengambil langkah untuk merawat dan mencegah mati pucuk.

Bagaimana Diabetes Menyebabkan Mati Pucuk di Kalangan Lelaki

Mati pucuk merupakan satu masalah yang kerap dihadapi oleh kaum lelaki yang menghidap diabetes dan kajian saintifik menunjukkan bahawa lelaki yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berkemungkinan mendapat mati pucuk berbanding lelaki yang sihat. Sesiapa sahaja boleh mendapat mati pucuk, namun jika anda menghidap diabetes, keadaan berikut terjadi kepada tubuh badan anda:

  • Aras glukosa yang tinggi di dalam peredaran darah boleh merosakkan saraf dan salur darah yang terlibat dalam proses ereksi (penegangan zakar). Anda berfikiran anda sudah bersedia untuk melakukan hubungan kelamin, tetapi maklumat tersebut tidak dapat disampaikan dari otak ke bahagian zakar. Oleh yang demikian, zakar anda gagal untuk menegang dan menjadi keras.
  • Diabetes juga menyebabkan pelbagai komplikasi, seperti penyakit kardiovaskular (jantung dan saluran darah) yang boleh mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit dan kurang kenyal. Ini boleh mengurangkan peredaran darah ke bahagian zakar, mengakibatkan zakar anda sukar untuk menegang dan menjadi keras.
  • Aras glukosa dalam darah yang tinggi juga menghalang rembesan satu bahan kimia yang dipanggil nitrik oksida. Aras nitrik oksida yang rendah juga mengurangkan peredaran darah ke bahagian zakar, menghalang proses ereksi.

Anda lebih berisiko mendapat mati pucuk apabila lebih lama anda menghidap diabetes ataupun apabila penyakit diabetes anda tidak terkawal.

Apa yang Boleh Anda Lakukan untuk Mencegah dan Merawat Mati Pucuk

Mati pucuk sebenarnya boleh dielakkan walaupun anda menghidap diabetes. Selain dari membincangkan masalah ini bersama doktor anda, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mencegah dan merawat mati pucuk:

  • Pastikan aras glukosa dalam darah anda berada dalam kawalan yang baik. Kawalan aras glukosa dalam darah yang baik akan mencegah kerosakan pada saraf dan saluran darah yang kecil yang menyebabkan mati pucuk. Jika anda menghadapi kesukaran untuk mengawal aras glukosa dalam darah anda atau kesukaran mengikuti saranan dan nasihat doktor, sila berbincang dengan doktor anda untuk mencari penyelesaian.
  • Ketahui ubat-ubatan yang anda ambil. Anda mungkin sedang mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mati pucuk akibat kesan sampingannya, contohnya sesetengah ubat bagi hipertensi atau merawat kemurungan. Tolong jangan berhenti mengambil ubat-ubatan tersebut, sebaliknya bincang dengan doktor anda
  • Berhenti merokok! Merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit, dan ini menyumbang kepada kejadian mati pucuk. Merokok juga menyebabkan paras nitrik oksida menjadi rendah, dan ini menghadkan peredaran darah ke bahagian zakar.
  • Pantau jumlah minuman beralkohol yang diminum. Pengambilan minuman alkohol yang berlebihan boleh merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko kejadian mati pucuk.
  • Kurangkan stress (tekanan). Stres boleh mengganggu ereksi (proses zakar menjadi tegang). Bagi mengawal stres, semua kerja harian yang dilakukan perlu dinilai dan disusun mengikut kepentingannya. Tetapkan sasaran kerja atau tugasan yang munasabah, dan minta pertolongan jika perlu.
  • Kekal aktif secara fizikal. Senaman secara tetap dan berkala dapat mengekalkan peredaran darah yang baik, menambah stamina serta menjaga kesihatan jantung anda.
  • Tanganilah kelesuan. Jika anda mendapat rehat yang cukup, anda pasti kurang mendapat masalah mati pucuk.
  • Tangani keresahan (anxiety) dan kemurungan. Keresahan dan kemurungan boleh menyebabkan mati pucuk. Jika anda merasa lebih risau anda menghidap mati pucuk, perasaan ini mampu membuat keadaan mati pucuk anda menjadi bertambah buruk. Jika anda mengalami keresahan dan kemurungan, berbincanglah dengan doktor anda kerana masalah ini boleh dirawat.
  • Ambillah ubat untuk merawat mati pucuk. Doktor mungkin memberikan ubat untuk merawat mati pucuk. Ada beberapa jenis ubat yang berada di pasaran sekarang, tetapi ia tidak selamat untuk semua lelaki contohnya bagi mereka yang mengambil ubat jenis nitrates untuk merawat penyakit jantung, atau alpha-blockers untuk merawat masalah kelenjar prostat bengkak atau hipertensi. Selain daripada ubat yang dimakan, terdapat beberapa cara lain untuk merawat mati pucuk. Berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan alternatif yang sedia ada.

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman