Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

25 Julai 2021

Setiap kali melihat iklan produk kesihatan dan sediaan tradisional dalam media sosial, antara perkara yang menjadi perhatian ialah sambutan orang ramai terhadap produk tersebut. Realitinya, produk sebegini cukup laris dan permintaan terhadapnya semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

 

Antara faktor yang menarik minat pengguna untuk membeli produk ini termasuklah promosi dan pengiklanannya yang cukup berkesan. Penampilan selebriti atau individu berpengaruh sebagai duta produk dan ditambah testimoni positif berkaitan produk tersebut, orang ramai sudah tentu mudah mempercayai bahawa produk tersebut sememangnya berkesan.

 

Bukan itu sahaja, terdapat juga iklan produk yang disertai dengan perkataan seperti ‘mujarab’, ‘ajaib’, ‘tiada kesan sampingan’, ‘unggul’ dan seumpamanya, yang cukup mengelirukan pengguna.

 

Kelulusan Iklan Ubat oleh Lembaga Iklan Ubat

 

Sebagai usaha mengekang penularan iklan-iklan ubat yang boleh memperdaya orang awam ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil beberapa langkah proaktif. Antaranya, KKM telah mewajibkan setiap iklan ubat yang mempunyai tuntutan perubatan melepasi satu proses saringan khas sebelum diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) untuk penyiaran.

 

Tujuan utama setiap iklan ini disaring dan diluluskan adalah untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut adalah sahih dan boleh dipercayai. Kawalan ini penting kerana produk kesihatan yang hendak diiklankan berisiko memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Oleh sebab itu, pengiklanan produk kesihatan perlu dilakukan secara bertanggungjawab oleh pengiklan sebelum iklan tersebut diterbitkan dalam media.

 

Setiap iklan produk ubat yang telah mendapat kelulusan daripada LIU akan diberikan satu nombor kelulusan iaitu nombor KKLIU. Nombor ini wajib dipaparkan dalam iklan agar mudah dikenal pasti oleh pengguna. Contoh nombor KKLIU ialah KKLIU 1234/2021.

 

Ciri-ciri Iklan Produk Kesihatan dalam Media yang Tidak Diluluskan oleh LIU

 

Pengguna perlu tahu bahawa bukan semua iklan produk kesihatan yang terdapat dalam media diluluskan oleh LIU. Malahan, terdapat iklan-iklan tersebut yang menyalahi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Peraturan-peraturannya. 

 

Contoh yang paling kerap dilihat ialah iklan bagi produk kesihatan yang berkaitan diagnosis atau membuat tuntutan boleh mencegah atau merawat 20 jenis penyakit yang dilarang dalam akta. Antara penyakit yang tidak boleh diiklankan termasuklah diabetes, hipertensi, kanser, lumpuh, sawan, asma dan masalah mental.

 

Selain 20 jenis penyakit yang tidak dibenarkan, iklan berkaitan pengguguran kandungan, peningkatan fungsi jantung atau buah pinggang serta prestasi seks, sama ada secara jelas ataupun tersirat juga tidak akan mendapat kelulusan LIU.

 

Segelintir peniaga pula dikenal pasti membuat tuntutan perubatan dalam iklan produk yang dikelaskan sebagai produk bukan ubat atau makanan. Produk dalam kelas ini sebenarnya tidak boleh membuat sebarang tuntutan perubatan. Sebagai contoh, produk minuman tidak dibenarkan membuat tuntutan dapat mengawal paras kolesterol dan menyembuhkan diabetes.

 

Sebarang kesalahan mengiklankan ubat tanpa kelulusan LIU, termasuk secara dalam talian boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 5 Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Pesalah boleh didenda sehingga RM3000 dan/atau penjara 1 tahun bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan seterusnya, hukuman yang boleh dikenakan ialah denda sehingga RM5000 dan/atau penjara selama 2 tahun.

 

Tip Mengenal Pasti Iklan yang Mengelirukan

 

Pengguna dinasihatkan untuk lebih peka dan berhati-hati ketika memilih produk kesihatan yang hendak dibeli. Selain memilih produk yang berdaftar dengan KKM, pastikan juga iklan produk tersebut tidak melanggar peraturan yang berkuat kuasa. Semak nombor kelulusan KKLIU pada iklan dan sekiranya tidak ditemui, berkemungkinan besar iklan tersebut tidak diluluskan oleh LIU.

 

Elak terpedaya akan manipulasi pengiklanan yang dilakukan oleh penjual produk. Penggunaan perkataan berbentuk jaminan dan keberkesanan yang melampau hendaklah dipertimbang secara rasional. Selari dengan kempen ‘#biarbetuliklanni’ yang dijalankan oleh KKM, pengguna perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada produk dan iklannya boleh dipercayai atau sebaliknya. 

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat ke Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian 1800-88-6722, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).

 

Disediakan oleh : 

Mohamad Farhan bin Adi Kasuma

Pegawai Farmasi

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman