Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat Isu Kesihatan

CARI ISU KESIHATAN
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

 

Apa itu demam campak?

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

  • Demam tinggi.
  • Batuk, selesema dan sakit tekak.
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
  • Sakit otot.

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Measles
Ruam demam campak

 

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubeola.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

  • Jangkitan pada telinga.
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
  • Jangkitan pada otak (encephalitis).
  • Cirit-birit.

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

  • Panadol untuk mengurangkan demam.
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
  • Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini.

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman