- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk ubat semburan hidung untuk merawat alahan hidung dan resdung.
-
Cara ubat bertindak
-
Ia adalah ubat jenis kortikosteroid yang membantu mengurangkan keradangan dalam hidung.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Ketidakselesaan atau kekeringan hidung
- Hidung berdarah
- Pening
- Sakit perut
- Batuk
- Sakit tekak
- Mulut kering
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
Gunakan ubat semburan anda mengikut arahan ahli farmasi atau doktor anda.b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan berkongsi ubat anda dengan orang lain.
- Jangan berhenti mengunakan ubat ini tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor anda.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Sumber rujukan:
1. Laman web: www.patient.co.uk/medicine/Budesonide-nasal-spray.htm
2. Micromedex Healthcare Series 2.0
3. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
4. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
5. British National Formulary Vol. 60