- Indikasi
-
Untuk menghilangkan ketuat.
-
Cara ubat bertindak
-
Podophyllum mempunyai tindakan keratolitik, yang melembutkan sel kulit untuk menghilangkan ketuat.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Rasa gatal
- Pedih atau sakit pada bahagian yang dirawat
- Ulser lapisan atas kulit
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi yang anda sedang menggunakan ubat podophyllum.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat lain pada masa yang sama.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mendapat sebarang kesan sampingan terhadap ubat ini.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan sapu ubat ini berdekatan mata, hidung, mulut, atau pada luka. Sekiranya ubat ini termasuk dalam mata, basuh dengan serta-merta dengan air bersih untuk 15 minit dan dapatkan rawatan perubatan.
- Jangan berkongsi ubat ini dengan sesiapa, kerana ketuat boleh merebak melalui sentuhan.
- Jangan ubah dos ubat anda tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor, dan jangan melebihi dos harian.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.