Pameran Kenali Ubat Anda KOSPEN Kampung Batu, Temerloh, PAHANG
Pameran Kenali Ubat Anda anjuran KOSPEN Kampung Batu, Temerloh, Pahang akan diadakan pada 11 Februari 2018.
Pelbagai bahan dan aktiviti menarik akan disediakan oleh Unit Farmasi, Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh pada pameran itu nanti, seperti:
1. Pameran penggunaan ubat secara berkualiti - pengguna (PUB-P);
2. Contoh ubat-ubat tidak berdaftar dan dicampur palsu;
3. Sesi soal jawab dan kaunseling ubat-ubatan dengan pegawai farmasi;
4. Kuiz dan permainan dengan hadiah-hadiah yang menarik;
5. Penampilan istimewa maskot Kenali Ubat Anda.
Orang ramai yang berkelapangan dijemput hadir.
KOSPEN Kampung Batu, Temerloh