Sepanjang Minggu Keselamatan Pengubatan Peringkat Hospital Rompin ini, beberapa program menarik akan diadakan, seperti Pameran Kenali Ubat Anda dan sesi Duta Prihatin Masyarakat ke rumah-rumah pesakit sekitar Kuala Rompin.
Pelbagai bahan dan aktiviti menarik akan disediakan oleh Unit Farmasi, Hospital Rompin pada pameran itu nanti, seperti:
1. Pameran penggunaan ubat secara berkualiti - pengguna (PUB-P);
2. Contoh ubat-ubat tidak berdaftar dan dicampur palsu;
3. Sesi soal jawab dan kaunseling ubat-ubatan dengan pegawai farmasi;
4. Kuiz dan permainan dengan hadiah-hadiah yang menarik;
5. Penampilan istimewa maskot Kenali Ubat Anda.
Sesi Duta Prihatin Masyarakat akan dijalankan ke beberapa rumah pesakit kronik. Duta Hospital Rompin, En. Mohd Hafiz bin Bakar dan En. Mohd Faizal bersama-sama Pegawai Farmasi akan meluang masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti:
1. pemeriksaan kaedah penyimpanan ubat pesakit di rumah;
2. penilaian tahap komplians pesakit terhadap rawatan ubat-ubatan;
3. memberi kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit;
4. mempromosi perkhidmatan tambah nilai farmasi kepada pesakit.