Ceramah dan Pameran Kenali Ubat Anda Sempena Program Kayuhan Mesra 2020 - 22KM di Tasik Melati
Tarikh: 29/2/2020 (Sabtu)
Masa: 7.30am - 12.30pm
Tempat: Tasik Melati, Beseri, Perlis
Duta Kenali Ubat Anda KK Beseri Yang Terlibat:
- En Walad bin Ahmad
- Pn Zunita Abdullah
- Pn Shaharombi Daud
- Pn Wan Mah Wan Choh
- Pn Naterah Hussein
Pegawai Farmasi KK Beseri yang terlibat:
- Cik Siti Syahirah
- Cik Noor Fazlisha
- En Foo Hau
- En Manoontri
- Cik Nur Raihana
Aktiviti pada hari tersebut telah disertai oleh ahli-ahli Kelab Warga Emas KK Beseri.
Aktiviti:
1. Kayuhan basikal sejauh 22KM, TASIK MELATI - SEMADONG - EMPANGAN TASOH - TASIK MELATI
2. Sesi penerangan bertajuk:
- Kenali Ubat Anda (Penceramah: En Foo Hau), yang telah menjelaskan kepada hadirin tentang kategori ubat, keperluan menyemak status pendaftaran produk ubat, dan cara penyimpanan ubat-ubatan yang betul.
- Antibiotik, Perlu Ke? (Penceramah: Cik Noor Fazlisha)
Hadirin telah diberi penerangan tentang isu semasa disebabkan kerintangan antibiotik yang semakin berleluasa. Selain dari sesi ceramah interaktif tersebut, sesi soal jawab kuiz juga yang telah diadakan bagi meningkatkan kefahaman para peserta tentang Penggunaan Antibiotik secara berkualiti.
3. Pameran Antibiotik dan Kenali Ubat Anda juga turut diadakan kepada semua peserta dan orang ramai yang mengunjungi Tasik Melati