- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk ubat biji dan sirap untuk melegakan gejala yang berkaitan dengan alahan, resdung dan selesema.
-
Cara ubat bertindak
-
Desloratadine merupakan ubat antihistamin yang membantu mengurangkan simptom resdung dengan dengan menghalang tindakan histamine. Histamine dihasilkan secara semulajadi oleh badan sebagai tindakbalas alahan kepada bahan-bahan luaran yang memasuki badan.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Sakit kepala
- Mengantuk
- Keletihan
- Kekeringan pada mulut
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi yang anda sedang menggunakan ubat desloratadine.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat lain pada masa yang sama.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mendapat sebarang kesan sampingan terhadap ubat ini.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:- Jangan kongsi ubat anda dengan orang lain, walaupun mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan yang sama.
- Jangan ubah dos ubat anda tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor, dan jangan melebihi dos harian.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Sumber rujukan:
1. Laman web: www.patient.co.uk/medicine/Desloratadine.htm
2. Micromedex Healthcare Series 2.0
3. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
4. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
5. British National Formulary Vol. 60