- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk cecair jel mata untuk melegakan mata kering dan gatal disebabkan kekurangan aliran air mata.
-
Cara ubat bertindak
-
Ia bertindak sebagai pengganti air mata dengan membentuk satu lapisan pelindung untuk mengelakkan mata kering.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Mata terasa pedih.
- Mata rasa melekit.
- Penglihatan kabur (biasanya untuk sementara sahaja).
- Mata merah, bengkak atau sakit.
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengalami kesakitan mata, sakit kepala, mata menjadi merah/gatal/bengkak, atau masalah penglihatan selepas menggunakan ubat ini. Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah mata anda tidak mula sembuh atau menjadi lebih teruk selepas mula menggunakan ubat ini.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan berkongsi ubat anda dengan sesiapa. Elakkan penghujung botol ubat titis mata daripada terkena mata anda atau permukaan lain.
- Jangan pakai kanta pelekap lembut semasa menggunakan ubat ini.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Sumber rujukan:
1. Laman web: www.patient.co.uk/medicine/Carbomer-eye-drops.htm
2. Patient information leaflet- Viscotears® Liquid Gel
3. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
4. British National Formulary Vol. 60