- Indikasi
-
Salap untuk merawat ketuat.
-
Cara ubat bertindak
-
Asid salisilik melembutkan sel kulit untuk menghilangkan ketuat. Ia juga mempunyai kesan Antiseptik dan antikulat.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:- kulit rasa gatal
- pedih atau radang kulit
Penggunaan pada permukaan kulit yang luas untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan keracunan salicylate. Jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami kesan-kesan berikut:
- bunyi berdegung dalam telinga (tinnitus)
- cirit
- muntah.
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:- Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi yang anda sedang menggunakan ubat asid salisilik.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat lain pada masa yang sama.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mendapat sebarang kesan sampingan terhadap ubat ini..
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan sapu ubat ini berdekatan mata, hidung, mulut, atau pada luka. Sekiranya ubat ini termasuk dalam mata, basuh dengan serta-merta dengan air bersih untuk 15 minit dan dapatkan rawatan perubatan.
- Jangan menggunakan asid salisilik pada permukaan kulit yang luas untuk jangka masa yang panjang (melebihi 12 minggu).
- Jangan berkongsi ubat ini dengan sesiapa, kerana ketuat boleh merebak melalui sentuhan.
- Jangan ubah dos ubat anda tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor, dan jangan melebihi dos harian.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta
PERSOALAN BERKENAAN UBAT?
Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722
Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)
Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia