Apakah Aneurysm Otak?
Aneurysm Otak adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah.
Kadang kala Aneurysm Otak boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada kepada tahap keterukan darah beku tersebut.
Salur darah yang terlibat biasanya terletak pada bahagian pangkal otak yang dinamakan ‘Circle of Willis’
|
Aneurysm Otak dan lokasi di mana ia biasa terjadi Sumber: MedicineNet.com |
Apakah yang menyebabkan Aneurysm Otak?
Seseorang boleh mendapat Aneurysm Otak kerana faktor genetik atau kerana salur darah yang bertukar menjadi keras (atherosclerosis) dan faktor usia
Faktor-faktor yang berikut boleh meningkatkan risiko untuk mendapat Aneurysm Otak:
- Faktor keturunan: Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai Aneurysm Otak berkemungkinan untuk mendapat Aneurysm Otak
- Pernah mempunyai Aneurysm Otak: Berkemungkinan besar mempunyai Aneurysm di lokasi yang berbeza
- Jantina: Perempuan lebih berisiko untuk mendapat Aneurysm Otak dan pendarahan dalam otak
- Darah tinggi: Risiko untuk mendapat pendarahan dalam otak lebih tinggi untuk mereka yang mempunyai darah tinggi
- Merokok: Merokok boleh meningkatkan risiko untuk Aneurysm Otak pecah
Apakah simptom-simptom Aneurysm Otak?
Kebanyakan Aneurysm Otak tidak mempunyai simptom dan ditemui secara tidak sengaja semasa menjalani pemeriksaan untuk penyakit lain.
Simptom selalunya terjadi apabila Aneurysm Otak pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak (stroke). Simptom-simptom tersebut adalah:
- Sakit kepala teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan berbeza dari sakit kepala biasa
- Lemah atau lumpuh sebahagian dari anggota badan
- Kesukaran untuk bercakap atau memahami percakapan
- Sakit leher yang teruk dan berterusan
- Loya dan mutah yag berterusan
- Sangat sensitif terhadap cahaya
- Pengsan/ tidak sedarkan diri
- Sawan
Apabila Aneurysm Otak pecah, risiko utuk kematian adalah sebanyak 30-40%. Risiko mengalami kerosakan otak yang sederhana kepada teruk adalah sebanyak 20-35% jika Aneurysm Otak tidak dirawat. Sebanyak 15- 30% lagi hanya mengalami kerosakan otak yang ringan. Jika aneurysm tidak dirawat dengan cepat, terdapat juga risiko untuk pendarahan berlaku semua.
Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini
Apakah simptom-simptom Aneurysm Otak yang tidak pecah?
Apakah risiko untuk aneurysm untuk pecah/berdarah?
Apakah yang menyebabkan aneurysm itu pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak?
Bagaimakah Aneurysm Otak disahkan?
Apakah jenis rawatan yang boleh dilakukan?
Apakah prognosis pesakit yang mempunyai Aneurysm Otak?