- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk ubat semburan hidung untuk merawat alahan hidung dan resdung.
-
Cara ubat bertindak
-
Ia adalah ubat jenis kortikosteroid yang membantu mengurangkan keradangan dalam hidung.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Sakit kepala
- Hidung rasa radang, panas atau mencucuk
- Kekeringan dalam hidung
- Sakit tekak
- Selsema
- Pedih hati
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa Menggunakan Ubat Ini:
a) Perkara yang perlu dilakukan:
- Sila patuhi cara penggunaan ubat ini mengikut naihat ahli farmasi atau doktor anda.
- Sila hubungi doktor sekiranya tiada kesan dalam masa 3 minggu.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
- Jangan berkongsi ubat dengan orang lain.
- Jangan berhenti menggunakan ubat tanpa arahan doktor.
- Jangan telan atau semburkan pada bahagian mata atau mulut anda. Ubat ini hanya digunakan untuk semburan hidung.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
1. Laman web: www.patient.co.uk/medicine/Triamcinolone-nasal-spray.htm
2. Micromedex Healthcare Series 2.0
3. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
4. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
5. British National Formulary Vol. 60