Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

29 September 2019

 

Penyakit strok atau angin ahmar merupakan penyakit pembunuh kedua di dunia dan penyakit pembunuh ketiga di Malaysia. Strok boleh berlaku apabila salur darah di bahagian otak menyempit, tersumbat atau pecah. Keadaan ini boleh menyebabkan bekalan darah ke bahagian otak terganggu dan seterusnya menyebabkan sebahagian tisu otak rosak akibat kurang menerima bekalan oksigen. 
 
Menurut “Annual Report Of The Malaysian Stroke Registry”, didapati bahawa penyakit tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit strok di negara kita. Selain itu, penyakit kencing manis yang tidak terkawal, paras kolesterol yang tinggi dan tabiat merokok juga antara faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya strok.  
 
Gejala Strok 
 

Tanda-tanda dan gejala strok yang dialami oleh seseorang pesakit adalah bergantung kepada jenis, lokasi dan tahap kerosakan tisu otak. Antara gejala penyakit strok adalah seperti: 
 

  • Lemah anggota sebelah badan
  • Kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan sebelah secara tiba-tiba
  • Pertuturan terjejas atau sukar memahami pertuturan orang  
  • Sakit kepala yang teruk tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua belah mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi  

Sekiranya pesakit didapati mengalami gejala strok, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran. Doktor akan mengesahkan gejala yang dialami melalui pemeriksaan dan ujian lanjut. Rawatan yang sesuai akan diberikan kepada pesakit bergantung kepada diagnosis sebenar. 
 
Rawatan Kecemasan 
 
Rawatan kecemasan strok adalah bergantung kepada jenis strok yang dialami dan keadaan pesakit. Ubat akan diberikan kepada sesetengah pesakit selepas pemeriksaan doktor bagi menggurangkan kerosakan tisu di bahagian otak akibat kekurangan menerima bekalan oksigen.   
 
Bagi kes strok tertentu, ubat antihipertensi akan diberikan kepada pesakit untuk memastikan tekanan darah mencapai sasaran yang ditetapkan. Di samping itu, dalam sesetengah keadaan, pembedahan kecemasan mungkin perlu dilakukan supaya pendarahan dalam otak dapat dihentikan. 
 
Patuh Terhadap Pengambilan Ubat  
 

Proses pemulihan selepas serangan strok memerlukan masa yang panjang. Komitmen daripada pesakit dan sokongan ahli keluarganya adalah sangat penting bagi memastikan kesan rawatan yang diingini dicapai. Selain daripada programprogram rehabilitasi seperti fisioterapi, terapi cara kerja dan perubahan gaya hidup, 
kepatuhan terhadap pengambilan ubat yang diberikan merupakan faktor penting bagi mengelakkan serangan strok berulang.  
 
Antara ubat yang sering diberikan oleh doktor kepada pesakit strok ialah ubat antiplatlet atau ubat cair darah. Walau bagaimanapun, sekiranya pesakit alami tandatanda seperti lebam pada kulit atau tanda pendarahan selepas pengambilan ubat ini, pesakit dinasihati untuk berjumpa doktor dengan segara. Doktor yang merawat akan memeriksa dan melakukan intervensi serta memberi nasihat bergantung keadaan pesakit. 
 
Pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah juga adalah perkara penting yang harus dititikberatkan oleh pesakit strok. Pesakit dinasihati untuk patuh kepada dos ubat, kekerapan, cara dan masa pengambilan ubat seperti diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Kepatuhan terhadap arahan pengambilan ubat adalah penting bagi memastikan keberkesanan rawatan yang diberikan.  
 
Selain itu, ubat-ubatan dalam kumpulan statin juga mungkin diberikan kepada pesakit strok untuk mengawal paras kolesterol dalam darah. Pematuhan terhadap waktu pengambilan ubat statin adalah penting untuk memastikan manfaat rawatan ubat tersebut diperoleh dengan sepenuhnya. Pesakit yang mengambil ubat statin dinasihatkan agar tidak memberhentikan rawatan sendiri tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu walaupun paras kolesterol pesakit strok telah dikawal dengan baik.  
 
Kepatuhan terhadap ubat rawatan penyakit strok merupakan komitmen yang sangat penting. Pesakit strok diingati bahawa serangan strok yang berulang bukan sahaja dapat membawa kemudaratan kepada kesihatan pesakit bahkan juga dapat meningkatkan risiko kematian. Justeru, pesakit harus mematuhi rawatan dan ubatubatan serta menghadiri sesi janji temu seperti ditetapkan oleh ahli profesional kesihatan, pada masa yang sama mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.  
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call CentreNPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum.

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman