Pityriasis Versicolor (Tinea Versicolor / Panau)

Penyakit

Title: Pityriasis Versicolor (Tinea Versicolor / Panau)
Date: 
30 Mar 2017

Pengenalan

Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis genus Malassezia spp. Jangkitan Panau biasanya terjadi di kawasan tropikal serta sub-tropikal dan jangkitan boleh berlaku bukan sahaja pada manusia tetapi juga pada haiwan. Tanda-tanda jangkitan Panau boleh dilihat pada kulit di bahagian badan seperti muka, kaki dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh. Ciri-ciri jangkitan panau dapat dilihat pada bahagian kulit adalah tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat. Faktor-faktor penyebab panau termasuklah cuaca panas dan lembab, penghasilan peluh yang berlebihan, kulit yang berminyak dan imun sistem yang lemah.

Terdapat banyak maklumat berkaitan dengan jangkitan Panau, namun maklumat berkaitan kulat penyebab jangkitan tidak banyak dibincangkan dengan jelas dan lengkap. Dengan penyebaran maklumat yang lengkap mengenai kulat penyebab panau, ianya dapat membantu dalam mengurangkan jangkitan sekaligus dapat menangani jangkitan dengan sebaik mungkin.

Kumpulan kulat Malassezia merupakan organisma yang bertanggungjawab dalam penularan jangkitan panau. Spesies yang biasanya ditemui pada kulit manusia yang menghidap panau adalah daripada jenis Malassezia globosaMalassezia furfurMalassezia sympodialisMalassezia restricta dan Malassezia obtuse. Manakala, kulat yang sering menjangkiti haiwan adalah daripada jenis Malassezia nanaMalassezia capraeMalassezia equine dan Malassezia pachydermatis. Menurut kajian yang telah dijalankan, daripada 138 pesakit yang mendapat jangkitan panau, sebanyak 73% pesakit dijangkiti kulat jenis Malassezia globosa diikuti dengan kulat jenisMalassezia furfur sebanyak 20%,Malassezia obtuse dan Malassezia sympodialis yang masing-masing sebanyak 5% dan 2%.

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini.

Ciri-ciri Kulat Malassezia Penyebab Panau