Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)

Penyakit

Title: Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)
Date: 
25 Mar 2015

PENGENALAN

Satu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit dan ini adalah sejenis penyakit yang berkekalan. Ia terdiri daripada bronkitis kronik dan emphysema.

Ia berpunca daripada radang saluran pernafasan dan kerosakan tisu paru-paru.

Ia biasanya disebabkan oleh tabiat merokok.

Kadar kejadian penyakit ini di kalangan lelaki di Malaysia adalah sebanyak 4.7%.

TANDA & SIMPTOM

Tanda dan simptom termasuklah:

  • Sesak nafas
  • Batuk yang berpanjangan
  • Kahak yang berlebihan
  • Nafas berbunyi (wheezing)
  • Dada berasa ketat
  • Mudah penat semasa bersenam
  • Keletihan
  • Gangguan tidur
  • Pengurangan berat badan

 

KOMPLIKASI

Fizikal

  • Jangkitan paru-paru yang kerap
  • Kegagalan sistem pernafasan (Respiratory failure)
  • Lemah jantung
  • Pengurangan berat badan

Psikologi

  • Kemurungan dan keresahan
  • Tekanan kepada penjaga

 

Sosial

  • Pengasingan sosial – disebabkan oleh sesak nafas dan mudah penat semasa bersenam
  • Masalah kewangan – disebabkan oleh kerap masuk hospital dan rawatan yang mahal

 

RAWATAN

Rawatan Bukan Ubat-ubatan

  • Berhenti merokok – dapatkan bantuan dari klinik berhenti merokok
  • Rehabilitasi Paru-paru – sila rujuk seksyen rehabilitasi

 

Rawatan Ubat-ubatan

  • Rawatan menggunakan alat sedutan (inhaler) adalah rawatan utama.
  • Rawatan lain seperti pil dan penggunaan mesin nebulizer hanya boleh digunakan dengan nasihat doktor
  • Rawatan oksigen mungkin diperlukan untuk segelintir kes.
  • Ubat antibiotik boleh digunakan dalam rawatan jangkitan paru-paru dengan nasihat doktor

 

PENCEGAHAN

Berhenti Merokok - Terapi gantian nikotin mungkin boleh membantu

Vaksin Influenza dan Pneumococcal boleh mencegah jangkitan paru-paru.

REHABILITASI

Rehabilitasi paru-paru menglibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, jurupulih anggota dan pegawai dietetik.

Ia melibatkan senaman, pengendalian penyakit, nasihat pemakanan untuk membantu pesakit menjalankan aktiviti seharian.Penilaian oleh pakar psikologi dan pegawai kebajikan perubatan boleh juga membantu untuk kes-kes tertentu

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini