Kanser Kulit

Penyakit

Title: Kanser Kulit
Date: 
09 Mar 2016

Pengenalan

Barah kulit merupakan ketumbuhan pada kulit disebabkan oleh sel yang tidak normal. Terdapat pelbagai jenis barah kulit yang berasal dari sel-sel lapisan kulit yang berlainan. Tiga jenis barah kulit yang utama adalah basal cell carcinoma, squamous cell carcinoma dan melanoma. Melanoma merupakan barah kulit yang paling bahaya di mana ia membesar dan merebak ke organ badan yang lain dengan cepat.

Faktor risiko

Terdapat banyak faktor risiko yang menyebabkan barah kulit pada seorang pesakit. Ianya termasuk:

Pendedahan berlebihan kepada cahaya ultraungu

Pendedahan berlebihan kepada cahaya ultraungu (UV) dari sinaran matahari akan merosakkan DNA dan seterusnya menyebabkan kejadian barah kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada UVA dan UVB dalam jangkamasa yang panjang samada dari sinaran matahari atau penggunaan alat pancaran UV akan meningkatkan risko seseorang mendapat barah kulit.

Jenis kulit

Individu yang mempunyai jenis kulit yang cerah mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding individu yang gelap warna kulitnya.

Faktor genetik

Terdapat beberapa jenis penyakit genetik yang menyebabkan pesakit lebih sensitif kepada pancaran matahari. Sebagai contoh, pesakit yang menghidapi xeroderma pigmentosum tidak dapat memulihkan sel-sel kulit yang rosak selepas pendedahan kepada pancaran matahari kerana kekurangan mekanisma untuk memperbaiki DNA yang rosak berbanding dengan orang normal. Akibatnya, kulit pesakit sangat sensitif dan kerapkali terbakar jika terdedah kepada pancaran matahari. Mereka lebih cenderung menghidap penyakit barah pada usia yang muda. Walaubagaimanapun, penyakit genetik sedemikian amat jarang berlaku.

Kekurangan sistem ketahanan badan

Pesakit yang mendapatkan rawatan selepas pemindahan organ mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat penyakit barah kulit.

Jangkitan Human Papilloma Virus

Jangkitan virus ini memainkan peranan yang penting dalam pembentukan barah terutamanya kanser vulva dan zakar

Pendedahan kepada arsenik dan radiasi

Pendedahan kepada bahan kimia seperti arsenik boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat barah kulit. Kadar arsenik yang lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan boleh disebabkan oleh air minuman dari perigi yang tercemar. Sumber lain keracunan arsenik adalah dari ubat-ubatan tradisional. Selain itu, pendedahan seseorang kepada pancaran radiasi juga meningkatkan risiko mendapat barah kulit.

Merokok

Merokok juga dihubungkait dengan kejadian barah kulit

Kronik ulser

Individu yang mempunyai ulser yang tidak sembuh selepas bertahun-tahun ataupun parut yang tertentu mungkin mempunyai kecenderungan menjadi barah kulit pada jangka masa yang panjang.

Untuk bacaan lanjut, sila klik 

Tanda-tanda klinikal penyakit

Diagnosa

Rawatan

Pencegahan

Prognosis