Kancing Gigi (Tetanus)

Penyakit

Title: Kancing Gigi (Tetanus)
Date: 
28 Mar 2017

Pengenalan

Kancing gigi atau tetanus berlaku di seluruh dunia. Ia kerana spora bakteria Clostridium tetani terdapat di mana-mana terutama di kawasan pertanian dan kawasan yang terlibat dalam aktiviti mengendalikan najis haiwan.  Spora Clostridium tetani masuk ke dalam tubuh manusia melalui luka; sama ada luka tercucuk atau luka terbuka.

Agen penyebab: Bakteria Clostridium tetani. Gejala jangkitan ini disebabkan oleh neurotoksin berbahaya yang dihasilkan oleh bakteria tersebut dalam tisu mati (contohnya dari luka yang kotor).

Cara jangkitan: Terdedah kepada spora Clostridium tetani.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 21 hari, purata tempoh: 10 hari.

Tanda dan Gejala

  • Kekejangan otot yang menyakitkan, lazimnya ia bermula dengan otot-otot rahang dan dipanggil lockjaw atau trismus.
  • Kekejangan juga boleh melibatkan otot leher, otot peha, otot belakang badan, otot pernafasan dan lain-lain kumpulan otot badan.
  • Kekejangan yang berpanjangan boleh menyebabkan otot koyak dan tulang patah.
  • Rangsangan luar yang sederhana boleh mencetuskan kekejangan, sehingga menyebabkan komplikasi kancing gigi yang serius.

Untuk bacaan lanjut, sila klik

Komplikasi

Pelalian Pencegahan

Pelalian Rawatan