Penerbitan

Title: Bagaimana Kerintangan Antibiotik Boleh Berlaku?
Date: 
13 Nov 2015

Pernah dengar isu kerintangan antibiotik? Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh atau merencatkan pertumbuhan bakteria.

Cuba anda bayangkan, jika satu hari nanti sudah tiada antibiotik di dunia ini yang berkesan ke atas jangkitan yang kita alami hanya kerana kita telah menyalahgunakan antibiotik. Takut kan?

Maka, sentiasa amalkan pengambilan antibiotik yang betul. Hanya ambil antibiotik atas arahan doktor dan habiskan antibiotik tersebut agar semua bakteria dihapuskan. Mari kita amalkan bersama-sama!