Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Oktober 2019

 

Indikasi

d Untuk menghilangkan ketuat.

Cara ubat bertindak

d Podophyllum mempunyai tindakan keratolitik, yang melembutkan sel kulit untuk menghilangkan ketuat.

Kesan Sampingan

d Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

 

Kesan sampingan yang mungkin dialami:

  • Rasa gatal
  • Pedih atau sakit pada bahagian yang dirawat
  • Ulser lapisan atas kulit
Langkah berjaga-jaga

d Semasa Menggunakan Ubat Ini: 

a)    Perkara yang perlu dilakukan:

  • Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi yang anda sedang menggunakan ubat podophyllum.
  • Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat lain pada masa yang sama.
  • Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mendapat sebarang kesan sampingan terhadap ubat ini.

b)   Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:

  • Jangan sapu ubat ini berdekatan mata, hidung, mulut, atau pada luka. Sekiranya ubat ini termasuk dalam mata, basuh dengan serta-merta dengan air bersih untuk 15 minit dan dapatkan rawatan perubatan.
  • Jangan berkongsi ubat ini dengan sesiapa, kerana ketuat boleh merebak melalui sentuhan.
  • Jangan ubah dos ubat anda tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor, dan jangan melebihi dos harian.
 

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

 

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman