Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Oktober 2019
Indikasi

d Terdapat dalam bentuk ubat biji dan sirap untuk melegakan masalah batuk yang disebabkan oleh demam, selsema atau masalah kesihatan lain.

Cara ubat bertindak

d Dextromethorphan adalah penekan simptom batuk. Ia mempengaruhi isyarat di dalam otak yang mencetuskan refleks batuk.

Kesan Sampingan

d Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

Kesan sampingan yang mungkin dialami:

  • Sakit perut
  • Mual dan muntah
  • Kesukaran bernafas
  • Bengkakan pada muka, bibir, lidah, atau tekak
  • Pening
  • Mengantuk 
Langkah berjaga-jaga

dSemasa Menggunakan Ubat Ini: 

a)    Perkara yang perlu dilakukan:

  • Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi yang anda sedang menggunakan ubat dextromethorphan.
  • Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat lain pada masa yang sama.
  • Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mendapat sebarang kesan sampingan terhadap ubat ini. 

 

 

b)   Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:
  • Jangan kongsi ubat anda dengan orang lain, walaupun mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan yang sama.
  • Jangan ubah dos ubat anda tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor, dan jangan melebihi dos harian. 

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta

 Sumber rujukan: 

1.    Laman web: www.drugs.com/dextromethorphan.html

2.    Micromedex Healthcare Series 2.0

3.    Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition

4.    Malaysian Index of Medical Specialities 2011

5. British National Formulary Vol. 60

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman