Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

📅
24 Oktober 2019
Indikasi

d Terdapat dalam bentuk ubat titis mata untuk melegakan mata merah dan gatal disebabkan jangkitan bakteria.

Cara ubat bertindak

d Ia adalah ubat antibiotik spektrum luas, yang bertindak membunuh bakteria dengan memasuki sel bakteria dan mengganggu proses sintesis protein bakteria.

Kesan Sampingan

d Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

Kesan sampingan yang mungkin dialami:

 

  • Iritasi pada mata, mata merah atau bengkak
  • Mata terasa pedih
  • Penglihatan kabur (biasanya untuk sementara sahaja)
  • Sakit kepala
  • Kekeliruan 

 

Langkah berjaga-jaga

d Semasa Menggunakan Ubat Ini:

a)    Perkara yang perlu dilakukan:

Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengalami kesakitan mata, sakit kepala, mata menjadi merah/gatal/bengkak, atau masalah penglihatan selepas menggunakan ubat ini.

Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah mata anda tidak mula sembuh atau menjadi lebih teruk 2 hari selepas mula menggunakan ubat salap ini. 

b)   Perkara yang TIDAK boleh dilakukan:

  • Jangan berkongsi ubat anda dengan sesiapa. Elakkan penghujung botol ubat titis mata daripada terkena mata anda atau permukaan lain.
  • Jangan pakai kanta pelekap lembut semasa menggunakan ubat ini.

 

 

Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

Sumber rujukan:                                 

1.    Holly Cronau, Ramana Reddy Kankala, Thomas Mauger. Diagnosis and Management of Red Eye in Primary Care

2.    Risalah Maklumat Pesakit – Ubat titis mata chloramphenicol.

3.    Micromedex Healthcare Series 2.0

4.    Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition

5.    Malaysian Index of Medical Specialities 2011

6.    British National Formulary Vol. 60

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman