Tiga ubat kuruskan badan didapati mengandungi Racun Berjadual

Thu, 26/02/2009

 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan 3 produk untuk menguruskan badan yang telah didapati mengandungi Racun Berjadual, Sibutramine.

Produk-produk tersebut ialah Slimway Herbs yang dikeluarkan oleh Penawar Industries Sdn. Bhd., BMI-9 Xylimming Night Capsule dan BMI-9 Xylimming Day Capsule yang dikeluarkan oleh BMI-9 SB.

Untuk maklumat lanjut layari www.pharmacy.gov.my