Keperluan Pelabelan, pendispensan dan penjualan Ubat-ubat Terkawal

Fri, 03/04/2009

 

Pesakit mempunyai hak untuk mengetahui nama ubat yang diambil. Malaahan nama Ubat Terkawal yang dibekalkan kepada pesakit wajib dilabelkan di atas sampul atau bekas ubat. Nama ubat boleh dilabel menggunakan jenama contohnya Epilim (R) or nama generik seperti salmeterol.

Mengikut Peraturan Racun 1952 (yang dipinda pada Julai 2003), ahli farmasi dan doktor wajib meletak label pada bekas yang mengandungi ubat racun berjadual dengan perkataan Ubat Terkawal dan nama ubat, nama dan alamat pembekal, nama pesakit, arahan penggunaan yang mencukupi dan nombor siri catatan di dalam "Buku Preskripsi". Oleh itu pesakit dinasihatkan supaya memastikan maklumat tersebut ada pada bekas ubat yang diterima dari doktor swasta, ahli farmasi dan doktor pergigian.

Di bawah Akta Racun 1952 juga, ubat terkawal wajib diserahkan sendiri oleh pengamal perubatan, ahli farmasi dan doktor pergigian. Ianya adalah satu kesalahan jika ubat diserahkan oleh pembantu klinik atau pembantu kedai kepada pesakit atau pengguna. Penyerahan ubat oleh profesional kesihatan ini sendiri adalah untuk memastikan keselamatan pesakit kerana ahli profesional ini dapat memberikan maklumat dan arahan yang secukupnya mengenai ubat yang diberi kepada pesakit.

(Sumber: www.pharmacy.gov.my)