Ubat Tradisional Yang Dicemar Palsu

Wed, 15/04/2009

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk-produk tradisional berikut yang dikilangkan oleh  ETUMAX CORPORATION SDN BHD iaitu Phyto Shape, Phyto-Hape, Tongkat Ali Power, Tongkat Ali Power Plus dan Etumax Eurycoma Active Plus. Ini berikutan daripada pengesanan racun berjadual sibutramine dalam produkPhyto Shape (di mana produk ini didaftarkan untuk pasaran tempatan dengan nama Phyto-Hape). Racun berjadual sildenafil telah dikesan dalam produk Tongkat Ali Power dan Tongkat Ali Power Plus (di mana produk ini didaftarkan untuk pasaran tempatan dengan nama Etumax Eurycoma Active Plus.  Penggunaan sibutramine dan sildenafil adalah tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.