Apa anda patut tahu tentang ubat generik

Thu, 20/08/2009

 

Orang awam tidak perlu khuatir kerana ubat yang didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah adalah selamat, berkesan dan berkualiti, tidak kira ianya ubat berjenama atau generik. Ubat-ubat generik memberi pilihan kepada pesakit dari segi kemampuan dan kecapaian. Walaupun ubat generik melangkau perbelanjaan dan masa yang diperlukan untuk membuktikan keselematan dan keberkesanannya melalui ujian klinikal, ubat generik masih perlu akur kepada piawaian kualiti, keberkesanan dan keselamatan, sama seperti ubat berjenama. Oleh itu adalah penting bagi semua rakyat Malaysia menyedari bahawa 'Harga yang Murah' bukanlah petunjuk atau pencerapan ubat 'Berkualiti Rendah'.

Baca lagi