Maklumbalas kepada Keratan Akhbar Bertajuk: Pantau Penjual Ubat Mata, Berita Harian

Mon, 19/04/2010

 

Pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mengambilmaklum bahawa terdapat produk -produk untuk kegunaan pada bahagian mata yang dinotifikasikan sebagai kosmetik (toner mata/eye toner) tetapi telah disyorkan digunakan dengan cara menitis ke dalam mata. Produk - produk tersebut telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik untuk digunakan pada bahagian luaran mata bagi tujuan untuk menghilangkan kesan lebam sekitar mata, ia telah disalahgunakan untuk tujuan merawat mata dengan cara menitis ke dalam mata. ini juga termasuk produk -produk yang digunakan untuk dititis ke dalam hidung untuk tujuan rawatan seperti hidung berair, bersin dan nafas berbau.

Lanjutan dari itu, Pihak BPFK telah membatalkan status notifikasi kesemua produk seperti pada LAMPIRAN A. Senarai tersebut juga telah dikemukakan kepada pihak Penguatkuasa Farmasi secara berkala setiap kali Surat Arahan Pembatalan dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi.

Pihak BPFK telah menyedari terdapat segelintir pemegang notifikasi yang secara sengaja menyalahgunakan sistem notifikasi  kosmetik dengan membuat notifikasi produk -produk yang bertujuan untuk dititiskan ke dalam mata tetapi dinotifikasikan sebagai kosmetik.

LAMPIRAN A (doc, 75KB)