Keselamatan Minyak Ikan

Fri, 07/05/2010

 

Produk fish oil (minyak ikan) telah digunakan secara meluas sebagai suplemen kesihatan di seluruh dunia dalam jangkamasa yang lama. Kandungan produk fish oil ialah omega 3 fatty acidseicosapentaenoic acid (EPA) dandocosahexaenoic acid (DHA). Di Malaysia, terdapat 196 produk fish oil yang didaftarkan sebagai produk suplemen kesihatan dalam bentuk farmaseutikal (seperti kapsul dan emulsi) setelah diformulasi bersama bahan eksipien lain untuk menstabilkan produk. Produk fish oil yang didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah dipastikan keselamatan dan kualiti serta dikilangkan mengikut keperluan Amalan Pengilangan Baik. Produk-produk ini juga perlu menjalani ujian tahap dioksin bagi memastikan produk tidak tercemar oleh bahan pencemar persekitaran (enviromental pollutant).
 
Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan program pemantauan bagi produk berdaftar yang terdapat di pasaran secara berterusan. Dari tahun 2002 hingga 2010, terdapat hanya 4 laporan kesan advers yang telah diterima oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu yang melibatkan kesan seperti cirit-birit, kembung perut, tidak bertenaga dan tiada selera makan.
 
Pihak kami sedar terdapat banyak artikel dalam internet yang mendakwa fish oil boleh melarutkan polystyrene. Namun begitu, laporan ini adalah bersifat teknikal dan tidak boleh dikaitkan secara terus dengan kesan kerosakan badan akibat penggunaan fish oil. Pihak BPFK akan terus memantau keselamatan produk-produk berkenaan dan mendapatkan maklumat yang berkaitan menerusi rangkaian regulatori.
 

Pengguna adalah digalakkan dan dinasihatkan supaya menghubungi pihak BPFK sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan berkaitan produk fish oil. Jika pengguna mengalami sebarang kesan sampingan atau mudarat akibat daripada penggunaan produk fish oil, sila laporkan kepada pihak BPFK di talian 03-78835400 atau menerusi faks 03-79581312 dengan menyatakan nama produk yang lengkap supaya siasatan lanjut dapat dijalankan. Pengguna juga boleh melaporkan sebarang kesan advers dengan menggunakan borang laporan kesan advers ubat yang boleh didapati daripada laman sesawang BPFK, www.bpfk.gov.my

 

EISAH BINTI A RAHMAN

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia

7 April 2010