Tinitus

Penyakit

Title: Tinitus
Date: 
29 Mar 2017

 

Apakah Tinitus?

 

pengurusan_tinitus1

Sumber: vinamy.com

Tinitus adalah bunyi di dalam telinga yang hadir tanpa rangsangan bunyi luar. Ia boleh didengari di sebelah telinga, kedua-dua belah telinga, atau di dalam kepala. Secara amnya tinitus difahami sebagai desingan, atau dengungan di dalam telinga yang terjadi secara berterusan atau berselang-seli. Tinitus boleh berlaku kepada semua peringkat umur tetapi dianggarkan hanya 0.5% hingga 2% sahaja yang terjejas akibat tinitus. Kebiasaannya ia dialami oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran atau masalah berkaitan telinga, namun ia juga boleh dirasai di kalangan individu yang mempunyai pendengaran normal. 

Punca 

Tinitus bukan satu penyakit tetapi ia adalah gejala/simptom dari pelbagai penyakit. Ia boleh terjadi pada mana-mana bahagian sistem pendengaran. Walaupun demikian, Punca tinitus yang tepat masih belum dapat difahami sepenuhnya. 

Faktor yang mungkin menyebabkan tinitus seperti berikut:

  • Penyakit pada telinga dalam yang berkaitan dengan masalah pendengaran  serperti penyakit Meniere’s, penuaan dan pendedahan bunyi bising. yang berterusan dan melampau
  • Masalah telinga tengahseperti jangkitan kuman, otosclerosis, gegendang berlubang,
  • Acoustic neuroma
  • Pengambilan ubat yang toksik kepada telinga
  • Gangguan kardiovaskular atau saraf
  • Trauma yang teruk atau tekanan yang melampau

pengurusan_tinitus2

Sumber: www.drugs.com

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini