Karnival Kenali Ubat Anda Bersama Duta Kenali Ubat Anda (Kedah)

Event date: 14 May 2016 to 14 May 2016
 
   
Title of event:
Karnival Kenali Ubat Anda Bersama Duta Kenali Ubat Anda (Kedah)
Organizer: Jabatan Farmasi Hospital Sultan Abdul Halim dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Taman Semarak dan KRT Taman Semarak 1

Venue:

Dewan Seri Semarak, Taman Semarak 1, Sungai Petani, Kedah
Representative: Pegawai Farmasi, Duta Kenali Ubat Anda
Secretariat:
E-mail:
Event URL:
Remarks & Theme:
Description:

Karnival Kenali Ubat Anda yang dianjurkan oleh Jabatan Farmasi Hospital Sultan Abdul Halim diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan menghargai ubat-ubatan, mempamerkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah penjagaan, penyimpanan ubat dan juga pelupusan ubat yang betul. Selain itu, mengetengahkan Duta Kenali Ubat Anda sebagai medium antara anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang karnival berlangsung seperti:

  • Pameran dan ceramah Kenali Ubat Anda
  • Pameran dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi
  • Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak
  • Pemeriksaan kesihatan secara percuma
  • Kaunseling ubat-ubatan
  • Pameran diet dan sajian
  • Pameran keselamatan pengubatan