Program Kenali Ubat Anda di Hospital Pontian (Johor)

Event date: 31 Mar 2016 to 31 Mar 2016
 
   
Title of event:
Program Kenali Ubat Anda di Hospital Pontian (Johor)
Organizer: Jabatan Farmasi Hospital Pontian

Venue:

Hospital Pontian
Representative: Duta Kenali Ubat Anda, Anggota Kesihatan & Orang Awam
Secretariat: Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Johor & Jabatan Farmasi Hospital Pontian
E-mail: farmasihpontian@moh.gov.my
Event URL:
Remarks & Theme:
Description:

Bil

Perkara

Catatan

1

Pendahuluan/Latar Belakang

Penggunaan ubat secara berkualiti-pengguna adalah salah satu strategi untuk menyokong teras keempat komponen Dasar Ubat Nasional (DUNAS). Tujuan utama aktiviti adalah untuk memberi pendidikan tentang penggunaan ubat-ubatan secara rasional supaya pengetahuan serta kemahiran  pengguna ditingkatkan. Matlamat seterusnya adalah untuk mendorong pengguna supaya dapat memainkan  peranan yang lebih aktif tentang isu berkaitan ubat-ubatan, kesihatan  dan  seterusnya mereka mampu bertanggungjawab ke atas kesihatan kendiri.

2

Objektif

  • Meningkatkan kesedaran pengguna dalam penggunaan ubat yang berkualiti, betul dan selamat.
  • Menyediakan pengguna dengan maklumat yang berkaitan kesihatan dan ubat melalui pelbagai isu
  • Memastikan pengguna mengetahui ubat yang diambil, apa yang patut dan tidak patut diambil dan sebabnya
  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam  terhadap ubat berdaftar dan tidak berdaftar.

3

Aktiviti Yang dijalankan

1. Pameran ubat dan alat bantuan kaunseling dari Jabatan Farmasi Hospital Pontian

2. Sesi kaunseling pesakit diabetes, asma dan juga kaunseling ubat-ubatan.

3. Persembahan slaid dan video ‘Cara Penggunaan Ubat’ & “Kenali Ubat Anda’ pada sesi pagi & petang.

4. Ceramah Kenali Ubat Anda & Keperluan Ubat Berdaftar

5. Permainan Interaktif