Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

CARI UBAT
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

Indikasi

d

Cara ubat bertindak

d

Kesan Sampingan

d

Langkah berjaga-jaga

d

 

Panduan Pengubatan Kendiri

Sila baca risalah ini sebelum mula menggunakan ubat anda. Rujuk kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan ubat anda.

1.    Nama Generik atau Bahan Aktif :

      Silver sulphadiazine 1% (SSD)

 

2.    Kegunaan :

      Terdapat dalam bentuk krim untuk pencegahan dan rawatan infeksi di dalam luka terbakar.

 

3.    Bagaimana ia bertindak :

       Ia membunuh bakteria dengan memusnahkan dinding sel dan membran bakteria tersebut .

 

4.    Jangan guna ubat ini jika :

       ·     Anda mempunyai alahan terhadap silver sulphadiazine atau ubat lain kumpulan sulfonamide.

       ·     Pesakit adalah kanak-kanak berumur kurang dari 2 bulan.

 

5.    Sebelum guna ubat ini :

       ·      Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mempunyai penyakit ‘G6PD deficiency’ 

              atau mempunyai masalah ginjal atau hati.

       ·      Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengandung, merancang untuk

              mengandung atau sedang menyusukan bayi.

       ·      Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunkan ubat ini kepada kanak-kanak berumur 2 bulan

              hingga 12 tahun.

 

6.    Pengambilan bersama ubat lain :

      Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda sedang mengambil sebarang ubat, vitamin, 

      produk herba atau makanan kesihatan tambahan kerana ia mungkin bertindakbalas dengan ubat

      ini. Ubat ini tidak boleh diambil bersama topical proteolytic.

 

 

7.    Bagaimana Mengambil Ubat Ini  :

      Ikut arahan yang tertera pada label ubat anda. Rujuk ahli farmasi jika anda tidak faham atau

      memerlukan penerangan lanjut.

 

a)    Cara pengambilan

             i.    Basuh tangan anda sebelum dan selepas menggunakan ubat ini.

            ii.    Sebelum menyapu krim, bersihkan luka melecur dengan berhati-hati untuk membuang sel

                   kulit mati.

           iii.    Sapu lapisan nipis (1-2mm) pada luka. Anda boleh membalut luka, tetapi ini jarang

                  diperlukan.

           iv.    Pastikan luka anda sentiasa bersih.

 
      b) Masa penggunaan :

         ·     Satu atau dua kali sehari, atau lebih kerap jika luka anda pada bahagian yang sering dicuci.

 

c)    Tempoh pengambilan :

         ·     Rawatan diteruskan sehingga luka telah sembuh sepenuhnya.

 

d)   Jika anda terlupa untuk mengambil ubat ini  : 

      Ambil dos tertinggal sebaik sahaja anda teringat. Abaikan dos tertinggal

      sekiranya masa pengambilan untuk dos seterusnya sudah hampir. Jangan gandakan dos anda.

 

8.    Semasa menggunakan ubat ini :

 
    a)   Perkara yang perlu dilakukan :

          ·   Mandi setiap hari untuk mempercepatkan kulit luka mengelupas.

          ·   Pastikan kawasan luka terbakar tersebut diliputi dengan krim ini sepanjang masa.

          ·   Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktr sekiranya anda mengambil ubat-ubatan lain pada

              masa yang sama, atau anda mengalami sebarang alahan terhadap ubat ini.

          ·  Sekiranya luka melecur itu tidak sembuh atau menjadi lebih teruk, jumpa doktor untuk rawatan

              seterusnya.

 
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan  :

          ·   Jangan sapu ubat ini berdekatan mata, mulut atau hidung anda.

          ·   Jangan berkongsi ubat anda dengan sesiapa.

 

Jika terlebih dos, dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

 

9.    Kesan sampingan yang mungkin dialami :

      Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini

     biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi

     atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.

     Kesan sampingan yang mungkin dialami :

     ·    Rasa gatal

     ·    Ruam

     ·    Nyah-warnaan pada kulit

 
10. Penyimpanan dan pelupusan:
  • Simpan pada suhu bilik dan di tempat yang kering
  • Lindungi dari cahaya
  • Jauhkan dari kanak-kanak
  • Jangan gunakan ubat yang telah melebihi tarikh luput
  • Kembalikan ubat yang tidak digunakan atau sudah luput kepada farmasi yang berdekatan.
 
Sumber rujukan :

1.    Micromedex Healthcare Series 2.0

2.    Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition

3.    Malaysian Index of Medical Specialities 2011

4.    British National Formulary Vol.60

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman