- Indikasi
-
Terdapat dalam bentuk krim untuk pencegahan dan rawatan infeksi di dalam luka terbakar.
-
Cara ubat bertindak
-
Ia membunuh bakteria dengan memusnahkan dinding sel dan membran bakteria tersebut.
- Kesan Sampingan
-
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
Kesan sampingan yang mungkin dialami :- Rasa gatal
- Ruam
- Nyah-warnaan pada kulit
- Langkah berjaga-jaga
-
Semasa menggunakan ubat ini :
a) Perkara yang perlu dilakukan :
- Mandi setiap hari untuk mempercepatkan kulit luka mengelupas.
- Pastikan kawasan luka terbakar tersebut diliputi dengan krim ini sepanjang masa.
- Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktr sekiranya anda mengambil ubat-ubatan lain pada masa yang sama, atau anda mengalami sebarang alahan terhadap ubat ini.
- Sekiranya luka melecur itu tidak sembuh atau menjadi lebih teruk, jumpa doktor untuk rawatan seterusnya.
b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan :
- Jangan sapu ubat ini berdekatan mata, mulut atau hidung anda.
- Jangan berkongsi ubat anda dengan sesiapa.
Jika terlebih dos, dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
1. Micromedex Healthcare Series 2.0
2. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition
3. Malaysian Index of Medical Specialities 2011
4. British National Formulary Vol.60