Â
Pengenalan Kempen
Kempen "Kenali Ubat Anda" ialah projek anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Ianya diadakan kerana terdapatnya penggunaan ubat secara tidak rasional di kalangan rakyat dan perkara ini bukan sahaja membahayakan kesihatan awam, malahan membawa kesan sampingan yang kurang baik terhadap ekonomi. Kempen ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan YB Dato' Chua Soi Lek di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka pada 29 Jun 2007. Kini kempen ini diteruskan di semua fasiliti farmasi di Hospital, Klinik Kesihatan dan Cawangan Penguatkuasa Negeri-negeri bagi memastikan mesej kempen ini sampai kepada golongan sasaran.
Â
ObjektifÂ
Objektif kempen ini adalah untuk:
- meningkatkan kesedaran pengguna dalam penggunaan ubat secara rasional
- menyediakan pengguna dengan maklumat yang berkaitan kesihatan dan ubat melalui pelbagai isu
- memastikan pengguna mengetahui ubat yang diambil, apa yang sepatut dan tidak patut diambil dan sebabnya
- meningkatkan pelaporan kesan sampingan ubat melalui pendidikan pesakit
- meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan ubat oleh ibu mengandung, ibu yang menyusu anak-anak dan kanak-kanak
- membantu warga emas dalam penggunaan ubat
Kumpulan Sasaran
Kepada semua pengguna yang prihatin tentang kesihatan mereka dan kesihatan orang yang dikasihi.Â
Â
AktivitiÂ
Kempen ini dilaksanakan oleh ahli farmasi dari kedua-dua sektor awam dan sektor swasta, melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- Bengkel untuk pengguna di semua negeri yang mensasarkan kedua-dua kawasan luar bandar dan kawasan bandar
- Aktiviti pameran dan ceramah  'Kenali Ubat Anda'
- Tinjauan dan kajian mengenai  persepsi dan pengetahuan konsumer terhadap ubat
- Promosi berterusan di media massa
Untuk mengadakan aktiviti di kawasan anda, hubungi Pegawai Perhubungan Negeri berkenaan