Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

 

28 April 2019

HPV adalah sejenis virus yang boleh menjangkiti lelaki dan perempuan semasa hubungan kelamin. Terdapat pelbagai jenis virus HPV. Sebagai contoh HPV jenis 6 dan 11 yang lazimnya menyebabkan masalah ketuat pada kemaluan.  

Terdapat juga jenis HPV yang boleh menyebabkan perubahan sel yang tidak normal dan akhirnya menjadi sel kanser pada bahagian pangkal rahim (kanser serviks). Kebanyakan kes barah pangkal rahim berpunca daripada HPV jenis 16 dan 18. Kanser ini sering terjadi selepas bertahun-tahun seseorang itu dijangkiti HPV.  

Dianggarkan sekitar 2,000 wanita Malaysia disahkan menghidapi kanser serviks setiap tahun. Bagaimanapun, suntikan vaksin HPV mampu meningkatkan daya tahan badan secara khusus bagi mencegah jangkitan HPV yang berbahaya dan seterusnya mencegah daripada gejala jangkitan dan kanser serviks.  

Vaksin HPV ini diberikan kepada perempuan seawal usia remaja yang berumur 13 tahun di sekolah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2010. Ketika ini, pelajar perempuan umur 13 tahun (tingkatan 1) di semua sekolah kerajaan diberi vaksin HPV secara percuma dalam 2 dos pada selang masa yang ditetapkan. Vaksin HPV diberikan pada umur 13 tahun supaya golongan perempuan mendapat perlindungan yang sepatutnya apabila mereka berkahwin dan melakukan hubungan kelamin.  

Jika suntikan vaksin HPV diperoleh dalam tempoh yang disarankan, keberkesanan vaksin tersebut dapat bertahan dalam tempoh masa yang panjang dan berkemungkinan kekal seumur hidup.
 
Masih belum terlambat untuk mendapatkan suntikan vaksin HPV bagi yang terlepas program imunisasi di sekolah. Suntikan vaksin tersebut boleh diperoleh secara percuma di klinik kesihatan kerajaan bagi perempuan berusia 13 tahun. Bagi mereka yang telah melepasi usia tersebut, vaksin boleh diperoleh di klinik atau hospital swasta dengan kadar caj tertentu. Selain itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga ada menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin HPV di rangkaian Klinik Nur Sejahtera mengikut syarat yang telah ditetapkan.  

Kesan Sampingan Vaksinasi 

Antara kesan sampingan yang biasa dialami selepas suntikan vaksin HPV adalah seperti rasa sakit atau kurang selesa di tempat suntikan, sakit kepala, lenguh, rasa lemah otot dan letih. Terdapat juga individu yang mengalami kesan sampingan seperti loya, pening dan demam. Sekiranya kesan sampingan yang dialami adalah serius atau berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan nasihat dan maklumkan kepada anggota kesihatan terlebih dahulu sebelum menerima sebarang vaksin sekiranya anda: 

i. Pernah mendapat kesan sampingan yang teruk setelah menerima suntikan atau vaksinasi ii. Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital  
iii. Sesak nafas selepas suntikan vaksin
 
Persepsi Masyarakat 

Dakwaan dan pandangan negatif segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap vaksinasi HPV melalui laman media sosial dan blog telah memberikan maklumat yang meragukan kepada ibu bapa dalam membuat keputusan untuk memberikan kebenaran vaksinasi HPV kepada anak. Tanggapan yang dibuat tanpa asas telah disangkal oleh ramai pakar perubatan, tokoh-tokoh kesihatan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. 

Selain itu, suntikan vaksin HPV didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab boleh merangsang keinginan remaja melakukan hubungan kelamin. Terdapat juga andaian bahawa vaksin HPV menyebabkan remaja lebih rasa ‘selamat’ untuk melakukan hubungan kelamin. Sebenarnya ibu bapa dan anak-anak perlu memahami fakta berkaitan kesihatan seksual bahawa individu yang menerima vaksinasi HPV tidak sama sekali terlindung daripada jangkitan penyakit kelamin lain seperti HIV jika tidak mengamalkan hubungan kelamin yang selamat.  

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudaratan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) dalam kalangan wanita. 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan vaksin HPV atau ubat-ubatan lain, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

 

 

 

ARTIKEL

         

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman