Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat Isu Kesihatan

CARI ISU KESIHATAN
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

Tiada Haid (Amenorea)

Amenorea bermaksud tidak datang haid (menstruasi). Ia juga dikenali sebagai ovari tidak mengeluarkan telur (anovulation) Dalam kebanyakan kes, ia berlaku di kalangan remaja perempuan sebelum dewasa atau semasa mengandung, ibu menyusukan bayi atau menopos, ini adalah normal dan dipanggil Amenorea secara fisiologikal. Oligomenorea adalah keadaan merujuk kepada haid yang tidak tetap, biasanya diantara 2 hingga 6 bulan sekali dan pendarahan mungkin berpanjangan. Amenorea primer ialah kegagalan menstabilkan kedatangan haid. Ia dikategorikan sebagai tidak normal, jika remaja perempuan tiada perkembangan fizikal secara seksual pada usia 14 tahun, atau remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya tetapi tidak datang haidnya pada umur 16 tahun. Amenorea primer hanya berlaku kepada kira-kira 3 remaja dalam per 1000. Definasi amenorea sekunder adalah haid yang tidak datang berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya biasanya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder mungkin disebabkan masalah ginekologi atau pertukaran fisiologi seperti jika mengandung atau mencapai menopos. Amenorea sekunder berlaku kepada 3% remaja perempuan. Lebih 50% wanita pelari jarak jauh dan lebih dari 44% kalangan penari balet mungkin mengalami amenorea sekunder disebabkan aktiviti fizikal yang keterlaluan dan terlalu kurus.

Tanda dan Gejala

Banyak penyebab kemungkinan berlaku. Termasuklah:

  • Senaman yang melampau biasanya di kalangan ahli sukan – atlet.
  • Kurang berat badan yang teruk – hasil pemakanan yang tidak sempurna (berat dalam KG dibahagi dengan ketinggian dalam M²) kurang daripada 19 (kadar normal adalah 20 hingga 25 kg/m².
  • Tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi
  • Gangguan kepada ovari untuk mengeluarkan telur
  • Pengambilan pelbagai jenis ubatan
  • Kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga
  • Sindrom Polisistik ovari iaitu keadaan terdapatnya multilple cysts pada ovari, mandul, obesiti dan gangguan hormon.
  • Penyakit yang lama dihidapi, atau aktiviti kelenjar tiroid yang kurang atau lebih
  • Hormon yang mengawal ovulasi dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar hypothalamus pada paras luarbiasa (yang seterusnya mengawal kelenjar pituitary).

Sebab lain amenorea termasuk:

  • Tiada vagina atau rahim atau keduanya semasa lahir
  • selaput dara yang menutup vagina keseluruhannya

Terdapat kes yang jarang berlaku di mana jantina sebenar kanak-kanak masih tidak dapat ditentukan kerana organ genitalnya tidak terbentuk dengan baik semasa lahir.

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

 

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman