Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat Isu Kesihatan

CARI ISU KESIHATAN
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

 

Pengenalan

Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera. Ia disebabkan posisi duduk atau baring yang terlalu lama dan mengakibatkan pengurangan pengaliran darah ke kawasan tersebut.

Faktor risiko:

  • Pengurangan pergerakan akibat angin ahmar dan penyakit Parkinson
  • Pengurangan sensasi kulit seperti penyakit diabetes
  • Pengurangan pengaliran darah ke bahagian kaki
  • Kurang zat makanan dan dehidrasi

Tanda & Simptom

Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang

Biasanya berlaku di kawasan seperti punggung (pinggul dan bahagian bawah belakang), kaki(lutut, tumit, jari kaki) dan tulang belikat di bahu

 

Komplikasi

A. Fizikal

  • Jangkitan
  • Kesakitan

B. Psikologi

  • Kemurungan dan keresahan

C. Sosial

  • Pengasingan
  • Tekanan pada penjaga
  • Masalah kewangan

Rawatan

Penjagaan kudis melalui pencucian yang sempurna

Merawat jangkitan kuman

Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:

  1. Kerap mengalihkan posisi pesakit
  2. Penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
  3. Memastikan kawalan kesakitan yang mencukupi
  4. Memastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi (Protein, Vitamin C dan Zink)

 

 

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini

Pencegahan

Rehabilitasi

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman