Langkau ke kandungan utama


 

PERSOALAN BERKENAAN UBAT?

 

Talian bebas tol:
1800 – 88 – 6722

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
 

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
(Isnin – Jumaat, kecuali Cuti Umum)

 

Laman web:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia


 

DRUG INFORMATION ENQUIRIES?

 

Toll free line:
1800 – 88 – 6722


National Pharmacy Call Centre (NPCC)

 

Operating hours: 8 am – 5 pm
(Monday – Friday except Public Holiday)

 

Website:
Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat Isu Kesihatan

CARI ISU KESIHATAN
 

ATAU SEMAK MENGIKUT ABJAD

Pengenalan

Bisul merupakan satu jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.

Apa itu Bisul?

Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles) tetapi perubahan pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku kepada kanak-kanak.

Apa penyebab Bisul?

Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.

 

Siapakah yang berisiko mendapat Bisul?

Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :

  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.
  • Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
  • Atopy (alahan).
  • Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
  • Sistem imuniti badan yang lemah.
  • Kurang zat makanan.
  • Pesakit diabetes.

 

Apakah tanda-tanda dan gejala Bisul?

Gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti:

  • Nanah di bahagian tengah bisul.
  • Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut.
  • Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti.
  • Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.

 

Bagaimanakah mendiagnosa Bisul?

Biasanya penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya.

 

Bagaimanakah merawat Bisul?

Rawatan khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain sekiranya ada. Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan khusus yang diberikan.

Rawatan termasuk :

  • Anti-biotik yang bersesuaian (semasa).
  • Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.
  • Pemberian ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.
  • Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah.

Memberi pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang bahaya.

 

Bagaimanakah Bisul dapat dicegah?

  • Menjaga kebersihan diri dengan baik.
  • Pastikan kulit sentiasa bersih.
  • Basuh tangan sebelum menyentuh muka.
  • Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.

Elakkan dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah.

 

Prognosis (Harapan untuk Sembuh)

Harapan untuk sembuh bagi bisul adalah baik.

 

Sumber daripada Portal MyHealth

SERTAI KAMI  

PERSOALAN BERKENAAN UBAT

MAKLUMAT UBAT & ISU KESIHATAN

PROGRAM KAMI  

CONTACT US

PHARMACEUTICAL SERVICES PROGRAMME
LOT 36, JALAN PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ, 46200,
PETALING JAYA, SELANGOR

NATIONAL PHARMACY CALL CENTRE (NPCC)

Muat turun video Instagram Muat turun video

PENAFIAN: Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 - Kenali Ubat Anda


Login Pentadbiran - Peta Laman